Page 195 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 195

Menulis

                                       Jadilah Pengguna Bijak
             Farisha dan Encik Farid ke kedai jam. Mereka ingin membeli seutas jam
             tangan. Sebelum ke sana, mereka telah membandingkan harga
             di semua premis secara dalam talian.


              Farisha tertarik akan seutas jam tangan pintar.
              Encik Farid memanggil jurujual untuk mendapatkan
              penerangan tentang keistimewaan jam itu. Setelah
              berpuas hati, barulah Encik Farid membayar harga jam
              tangan tersebut dengan transaksi kad debit.
                  “Jam ini baru dilancarkan. Tuan bertuah kerana
              ada potongan harga bagi pembelian awal. Pembelian
              ini saya sertakan dengan kad warantinya sekali. Kad
              waranti dan resit pembelian ini perlu tuan simpan.
              Jika jam ini rosak dalam tempoh satu tahun dari
              tarikh pembelian, pihak kami akan membaiki atau
              menggantikan jam tersebut dengan jam yang baharu,”
              terang jurujual kepada Farisha dan Encik Farid.
                  “Terima kasih, tuan. Saya akan menyimpan kad
              waranti dan resit ini baik-baik,” kata Encik Farid.


                                             Pada suatu hari, jam tangan Farisha telah rosak.
                                         Farisha dan Encik Farid kembali ke kedai jam itu. Encik
                                         Farid memaklumkan jurujual bahawa jam tangan pintar
                                         yang dibeli enam bulan lalu telah rosak.
                                             “Tuan, ini resit pembelian dan kad waranti jam
                                         tangan ini sebagai bukti pembelian,” kata Encik Farid.
                                             “Baiklah, jam tangan ini saya periksa dahulu. Jika
                                         boleh saya baiki, saya akan membaikinya secara
                                         percuma. Jika tidak, pihak kami akan menggantikannya
                                         dengan yang baharu,” kata jurujual.
                                             Setelah diperiksa, jurujual tersebut telah memberikan
                                         jam tangan pintar baharu kepada Farisha. Farisha
                                         sungguh gembira. Encik Farid pula senang hati kerana
                                         jurujual tersebut prihatin akan hak-hak pengguna.



                   Aktiviti
             Menulis ayat yang diimlakkan.

                      • Bimbing murid menulis ayat yang diimlakkan.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar      KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai
               3.2.4    EMK: Nilai Murni – Rasional                                             181
                                                                                                KPM
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200