Page 30 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 30

Menulis


                                Karya Kami

           Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan

           pertandingan penghasilan video pendek bertemakan
           kemasyarakatan. Hadiah yang ditawarkan bagi
           johan pertandingan ialah RM1000.00.
                Afifi, Tinesh dan Kai Jun merebut peluang untuk
           menyertainya. Tinesh dan Kai Jun melantik Afifi
           sebagai ketua. Afifi membuat jadual kerja dan pembahagian tugas. Mereka telah
           sepakat untuk menghasilkan video pendek bertajuk “Kami Sehati Sejiwa”. Video
           tersebut akan memaparkan aktiviti kemasyarakatan Rakan Taman Seri Damai.
                Afifi dan Tinesh ke Perpustakaan Negeri Johor untuk mencari maklumat

           tentang panduan menghasilkan video pendek. Kai Jun pula mengumpulkan
           maklumat dan koleksi gambar aktiviti Rakan Taman Seri Damai. Mereka juga
           menemu bual ahli jawatankuasa Taman Seri Damai.
                Setelah semua maklumat diperoleh, mereka mula menghasilkan video
           pendek. Mereka dibantu oleh Azrul, abang Afifi. Azrul bijak dalam penggunaan
           perisian menghasilkan video. Afifi memuat naik video tersebut dalam laman
           Facebook. Video yang mendapat “tanda suka” yang paling banyak daripada

           penonton dalam masa seminggu dianggap sebagai pemenang.
                Tempoh yang diberikan telah tamat. Video Afifi dan rakan-rakannya telah
           mendapat “tanda suka” yang paling banyak. Mereka begitu gembira kerana
           berkat kerjasama dan toleransi telah menghasilkan kejayaan.


           1. Senaraikan nilai yang diamalkan oleh mereka semasa menjalankan tugas.
           2. Apakah keistimewaan Afifi sehingga dilantik sebagai ketua?
           3. Adakah tajuk “Kami Sehati Sejiwa” menepati tema kemasyarakatan? Jelaskan.
           4. Pada pendapat kamu, mengapakah video mereka mendapat “tanda suka”
             yang paling banyak?






                  Aktiviti
           Menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif.

                            • Bimbing murid membina ayat untuk menyatakan alasan berdasarkan bahan.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual        KBAT: Menganalisis – Memberikan alasan
           16       3.2.2     EMK: Nilai Murni – Kerjasama
          KPM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35