Page 29 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 29

Selain itu, keluarga Encik Anjang amat disayangi oleh penduduk
             kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak mereka

             sanggup berbakti kepada masyarakat sekitar kampung, walaupun telah
             mempunyai kerjaya masing-masing.




































                  Encik Anjang dan isterinya orang yang kreatif. Dengan kemahiran
             yang ada, mereka menghasilkan pelbagai kraf tangan dengan
             menggunakan sumber alam. Hasil seni mereka cukup berkualiti dan
             kemas. Produk mereka banyak dipasarkan di pusat kraf tangan.

             Selain itu, produk mereka juga diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan,
             Seni dan Budaya Malaysia.
                  Kejayaan keluarga Encik Anjang menjadi contoh kepada penduduk
             kampung. Sikap berfikiran terbuka dan semangat kemasyarakatan

             yang diamalkan menjadi kunci kejayaan kepada keluarganya.



                   Aktiviti
             Membaca dan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat untuk
             memberikan respons.

                      • Bimbing murid memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons
               Nota
               Guru    berdasarkan teks dan gambar.
               2.1.1    Strategi PdP: KB – Menjanakan Idea           KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti  15
                        EMK: Nilai Murni – Kerajinan              PAK-21: Pusingan Robin
                                                                                                KPM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34