Page 32 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 32
Tatabahasa
E-Sukan
Danish amat meminati sukan bola sepak. Namun begitu, dia kurang
berbakat. Pada suatu hari, SK Seri Damai membuat pemilihan pemain
untuk permainan e-sukan. Danish bercadang untuk menyertai sesi
pemilihan itu. Dia ke perpustakaan untuk melayari Internet tentang
e-sukan. Selain itu, dia juga meminta penerangan daripada guru tentang
e-sukan. Afifi dan Tinesh turut membantu Danish.
bidang
kelompok lembar
pasukan
baris kumpulan
Info Munsyi Cilik
E-sukan ialah sukan Penjodoh bilangan ialah kata nama yang menjadi
elektronik atau pasangan kepada kata bilangan.
permainan video.
Contoh: Kata “pasukan” dalam frasa dua pasukan
murid ialah penjodoh bilangan.
Aktiviti
Memahami dan membina ayat menggunakan penjodoh bilangan.
• Bimbing murid membina ayat menggunakan penjodoh bilangan berdasarkan frasa
Nota
Guru dan gambar.
18 5.1.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
(iv)
KPM EMK: Nilai Murni – Berusaha

