Page 75 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 75

Tatabahasa

                                            Waspada Memandu












             Hujan makin lebat menyebabkan jalan sangat licin. Encik Nazri memandu kereta
             dengan agak perlahan bagi mengelakkan tayar keretanya meluncur laju sangat.
             Pandangannya kurang jelas kerana hujan terlalu lebat.
                Encik Nazri memandu di lorong kiri. Semua pemandu cermat sekali.
             Di dalam kereta, Afifi terasa sejuk betul dan sunyi benar. Masing-masing
             sungguh risau kerana hujan masih lebat sungguh.











                Encik Nazri memandu tidak         rapat dengan kenderaan di hadapan. Beliau
                bimbang jika pemandu tersebut membrek secara mengejut, beliau tidak
             sempat untuk membrek kerana jalan licin         . Afifi risau   . Cuaca pula     gelap.
             Pelihatan Encik Nazri     jelas kerana kabus       tebal. Afifi meminta ayahnya
             memasang lampu kecemasan. Ayahnya memberitahu bahawa lampu tersebut
             hanya digunakan semasa kecemasan. Encik Nazri berhenti di hentian rehat dan
             rawat bagi mengelakkan kemalangan. Beliau letih           . Beliau memakai baju sejuk
             kerana suasana sejuk       .


                 Munsyi Cilik

              Kata penguat ialah kata yang menguatkan maksud kata adjektif atau frasa adjektif.
              Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya di hadapan frasa adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak,
              cukup dan kurang.
              Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya di belakang frasa adjektif. Contoh: sekali, benar, nian
              dan betul.
              Kata penguat bebas ialah kata yang letaknya di hadapan atau di belakang frasa adjektif. Contoh: amat,
              sangat dan sungguh.

                   Aktiviti
             Mengecam dan melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

                      • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata penguat.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
               5.1.4    EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya                                   61
                (ii)
                                                                                                KPM
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80