Page 115 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 115
GAB
E2 PELAKSANAAN PdP
ASPEK A2.1: PENYAMPAIAN
HURAIAN
• Tindakan yang dilakukan untuk menyampaikan ilmu atau kandungan pelajaran semasa PdP dijalankan
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menyampaikan PdP yang berkesan
- kemahiran penyampaian yang berkesan sepanjang sesi PdP dalam mengawal, membimbing, mendorong dan menilai murid
• Keupayaan pegawai untuk mengawal kelas
- mengawal komunikasi dan perlakuan murid sepanjang sesi PdP
• Keupayaan pegawai untuk mengawal masa
- menguruskan agihan masa yang sesuai mengikut langkah-langkah PdP yang telah dirancang
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Pencerapan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• set induksi yang merangsang murid dan berkaitan dengan tajuk pelajaran
• penyampaian dan perkembangan PdP yang kreatif dan berkesan
• cekap menguruskan masa
• pengurusan kelas/ bilik darjah selamat, kondusif dan terkawal
Garis Panduan Instrumen 89

