Page 420 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 420

3PK







                                            ASPEK A2.3: KEMAHIRAN KOMUNIKASI

                                                           HURAIAN

              •   Kemahiran pegawai menyampaikan maklumat kepada klien, rakan sekerja, dan pihak berkepentingan dengan menggunakan
                  bahasa yang jelas.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk berkomunikasi dengan klien, rakan sekerja, dan pihak berkepentingan
              -  komunikasi yang berkesan:
                 i.  Menggunakan bahasa yang jelas, mudah difahami, dan tepat mengikut permasalahan/ ketidakupayaan klien dengan rakan
                    sekerja dan pihak berkepentingan.
                 ii.  Menyampaikan maklumat dengan efisien agar mencapai hubungan interpersonal yang dikehendaki.
                 iii.  Mempunyai perasaan empati iaitu memahami situasi klien/ keluarga klien daripada perspektif mereka dan tidak bersikap
                    prejudis terhadap mana-mana pihak.

              •    Keupayaan pegawai untuk memberikan maklum balas
              -  mempunyai kemahiran mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan
                serta mempamerkan kepekaan dan mampu membuat pertimbangan sewajarnya


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN

                                                         Pemerhatian
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  semasa sesi intervensi/ konsultasi
               •  semasa perbincangan dengan rakan sekerja dan pihak berkepentingan
               •  video yang telah direkod semasa sesi intervensi/ konsultasi






































             Garis Panduan Instrumen                         324
   415   416   417   418   419   420   421   422   423   424   425