Page 424 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 424

3PK






             E3 PENILAIAN


                                       ASPEK A3.1: PENILAIAN SESI INTERVENSI/ REHABILITASI
                                                           HURAIAN

              •   Penilaian merujuk kepada proses untuk menilai dan membuat keputusan mengikut bidang khusus mengenai pendekatan yang
                  sesuai untuk digunakan bagi mencapai matlamat sesi yang telah dilaksanakan.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN
              •    Keupayaan pegawai untuk menjalankan penilaian keberkesanan sesi intervensi/ rehabilitasi

              -  kaedah penilaian yang dijalankan sama ada interprestasi data, pemerhatian, mengemukakan soalan, ujian semula, temu bual atau
                penggunaan alat penilaian
              -  penilaian melibatkan aspek keberkesanan intervensi/ rehabilitasi yang dilakukan, rumusan kesesuaian pendekatan intervensi/
                rehabilitisi yang digunakan, dan tindakan susulan (meneruskan/ menukar pendekatan)
              •    Keupayaan pegawai untuk membuat keputusan dan tindakan susulan berdasarkan dapatan penilaian

              -  mengenal pasti pencapaian klien
              -  mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesi
              -  menentukan keperluan klien bagi meningkatkan potensi diri dan kualiti hidup
              -  mengenal pasti tindakan susulan seperti meneruskan sesi intervensi secara berkala, menamatkan sesi intervensi atau membuat
                rujukan kepada bidang profesional yang lain


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN

                                                        Semakan Bahan
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  pelan intervensi/ rehabilitasi
               •  laporan selepas setiap sesi intervensi/ rehabilitasi (case note)
               •  laporan pencapaian klien (progress report)
               •  dokumen-dokumen lain yang berkaitan

                                                          Pencerapan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  pendekatan intervensi/ rehabilitasi semasa sesi mengikut bidang khusus



























             Garis Panduan Instrumen                         328
   419   420   421   422   423   424   425   426   427   428   429