Page 422 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 422

3PK







                                                  ASPEK A2.4: KONSULTASI

                                                           HURAIAN

              •   Memberi khidmat nasihat dan khidmat bantu mengikut bidang khusus kepada ibu bapa, penjaga, guru, Pembantu Pengurusan
                  Murid (PPM), dan bidang profesional yang lain.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk memberi khidmat nasihat atau khidmat bantu bidang khusus kepada pihak berkepentingan
              -  memberi khidmat nasihat atau khidmat bantu kepada ibu bapa/ penjaga, guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), dan bidang
                profesional yang lain
                 i.  Khidmat nasihat mengenai cara/ kaedah menjalankan aktiviti yang bersesuaian bagi membantu kanak-kanak/ MBK di rumah
                    atau di sekolah.
                 ii.  Khidmat nasihat mengenai cadangan penempatan sekolah mengikut keupayaan klien.
                 iii.  Khidmat nasihat mengenai rujukan kepada bidang profesional yang lain.
                 iv.  Khidmat bantu kepada guru bagi pengurusan kelas, strategi pendekatan pembelajaran dan pengajaran (PdP), akomodasi,
                    dan adaptasi dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.

              •    Keupayaan pegawai untuk merekodkan khidmat nasihat atau khidmat bantu
              -  merekodkan khidmat nasihat atau khidmat bantu kepada pihak berkepentingan seperti ibu bapa/ penjaga, guru, PPM, dan bidang
                profesional yang lain


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
                                                        Semakan Bahan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  laporan sesi konsultasi
                                                         Pemerhatian

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  kemampuan memberi khidmat nasihat bidang khusus menggunakan bahasa yang difahami dan sesuai.






























             Garis Panduan Instrumen                         326
   417   418   419   420   421   422   423   424   425   426   427