Page 83 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 83

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                          2021









                      (vi)  Melaporkan sebarang kerosakan (perabot/ kemudahan asas dengan segera kepada setiausaha
                             JK Perabot dan JK Penyelenggaraan Sekolah (rujuk senarai jawatankuasa).

                     (vii)  Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan, keceriaan dan keselamatan di kelas.

               1.2     Pengurusan Jadual Kedatangan APDM e-kehadiran
                      (i)    Butir-butir murid
                             (Pengisian maklumat APDM adalah sulit. Murid-murid tidak dibenarkan mengisi maklumat
                             dalam komputer)
                            Pastikan  semua  butiran  mengenai  murid  dan  ibu  bapa/  penjaga  dilengkapkan.  Maklumat
                              pendapatan ibu bapa/ penjaga hendaklah yang terkini (tahun semasa) berdasarkan slip gaji/
                              pengesahan pendapatan dan lain-lain
                            Alamat murid berdasarkan bil air/ elektrik yang terkini.
                            Pastikan murid-murid adalah warganegara Malaysia – semak kad pengenalan/ sijil lahir.

                      (ii)  Kedatangan harian murid

                            Mengisi kedatangan harian murid sebelum 10.00 pagi bagi sesi pagi dan sebelum 2.00 petang
                              bagi sesi petang kecuali hari Jumaat (sebelum 3.00 petang) di dalam APDM. Murid yang datang
                              lewat dikira hadir.
                            Memastikan ketua kelas membuat catatan kehadiran pelajar di dalam buku kecil kehadiran di
                              pejabat dan mengembalikan buku tersebut ke pejabat selepas waktu kedua untuk rujukan guru
                              kelas dan Unit HEM.


                       (iii)  Maklumat keluar/ masuk/ berhenti murid

                            Sila maklumkan kepada SU APDM tentang perkara ini.Nyatakan sebab keluar/ berhenti seperti
                              berikut::
                                     -   Tamat Tingkatan 5
                                     -   Berhenti sekolah dengan kehendak keluarga
                                     -   Buang sekolah
                                     -   Pindah sekolah
                                     -   Pindah kelas dan lain-lain
                            Mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid yang berhenti sekolah/ buang sekolah/ MRSM dan
                              lain-lain (sila rujuk pejabat).
                            Jika ada murid yang keluar atau berhenti pada satu-satu bulan, jumlah hari yang hadir hendaklah
                              diselaraskan pada bulan berikutnya.
                            Serahkan  slip  peperiksaan,  borang  markah  PBD/Ujian  Bertutur&Mendengar(BM,BI,BT/BC),
                              Kerja Kursus, Folio RBT, PAJSK, SEGAK dan lain-lain yang berkaitan.


                       (iv)  Murid masuk
                            Senaraikan nama murid yang masuk dan dapatkan nombor pendaftaran murid baru daripada
                              Setiausaha JK Buku Pendaftaran Murid (rujuk senarai jawatankuasa) serta isikan butiran murid
                              dengan lengkap dalam Buku Pendaftaran Murid dengan kadar segera dalam tempoh 10 hari
                              tarikh kemasukannya.
                            Minta murid baru isikan borang pendaftaran dengan lengkap, berserta salinan kad pengenalan/
                              sijil lahir untuk difailkan).
                            Pastikan borang markah PBD/ Ujian Bertutur&Mendengar dan lain-lain diterima daripada pihak
                              sekolah asal. Jika tiada, sila maklumkan kepada PK HEM/ PK Petang untuk tindakan lanjut.
                            Menentukan rumah sukan dan kegiatan kokurikulum (rujuk setiausaha sukan dan setiausaha
                              kokurikulum sekolah).
                            Murid yang telah berhenti/ keluar tetapi masuk semula, perlu diberi nombor pendaftaran yang
                              baru.

                   (v)  Ketidakhadiran murid  ke sekolah (ponteng) – mengikut prosedur
                            Surat amaran mesti dihantar mengikut garis panduan di bawah


               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                              69
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88