Page 85 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 85

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                          2021




               1.5  Pengurusan  Buku SPBT, Biasiswa, KWAPM, Bantuan dan Kebajikan
                             Membantu penyelaras JK SPBT untuk mengedar dan mengumpul buku-buku SPBT pada tarikh
                              yang ditetapkan. Pastikan buku dalam keadaan baik.
                             Mencadangkan  nama  murid  yang  memerlukan  bantuan  kepada  setiausaha  JK  Pengurusan
                              Bantuan Pelajaran Murid. (rujuk senarai jawatankuasa).
                             Mengurus bersama dengan setiausaha Biasiswa dan KWAMP dari semasa ke semasa.


               1.6   Pengurusan  Kegiatan Kokurikulum
                             Menentukan rumah sukan kepada setiap murid dan memastikan setiap murid
                                 mempunyai rumah sukan.
                             Memastikan setiap murid menjadi ahli dalam persatuan, kelab, permainan dan unit
                                 beruniform.
                             Memaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum mana-mana murid yang tidak menjadi ahli
                              mana-mana kegiatan kokurikulum.


               1.7   Tugas-tugas lain
                             Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke
                              semasa.


               2. 0   GURU BERTUGAS MINGGUAN

               2.1     Tugas Umum
                       i.   Memastikan tarikh bertugas dan melaksanakan tugas harian dari hari Isnin hingga ke hari Jumaat /Sabtu.
                       ii   Melaksana dan menjayakan semua aktiviti / program mengikut jadual guru bertugas mingguan.
                       iii. Mencatat ucapan Pengetua dan semua pengumuman yang disampaikan pada minggu tersebut ke dalam
                            Fail Laporan Guru Bertugas Mingguan yang disimpan di pejabat sekolah.
                       iv. Dapatkan Fail Laporan Guru Bertugas pada hari Isnin dan kembalikan fail laporan setelah diisi untuk
                            disemak dan ditandatangan oleh Pengetua.

               2.2     Perhimpunan Sekolah

                   i.     Setiausaha Perhimpunan Sekolah/ penyelaras perhimpunan sekolah hendaklah mengurus dan menyusun
                       atur majlis  perhimpunan sekolah mengikut atur cara perhimpunan rasmi seperti berikut:
                       a.  Nyanyian :
                           -  Lagu Negaraku
                           -  Lagu Negeri Perak
                           -  Lagu Sekolah
                       b.  Bacaan Ikrar Rukun Negara/ Ikrar Murid
                       c.  Bacaan Doa
                       d.  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas  (Jika ada isu)
                       e.  Pengumuman (jika ada)
                       f.   Penyampaian Hadiah (jika ada)
                       g.  Ucaptama Pengetua/ pihak pentadbir

                     ii.     Semua pengumuman perlu dicatat oleh  guru bertugas di dalam buku Rekod Ucapan dan Pengumuman.
                             Catatan :  Mengikut protokol, selepas ucaptama pengetua, tiada ucapan lain oleh pihak lain.
                  iii.   Memastikan semua murid berada di tempat perhimpunan/ dewan dalam keadaan teratur dan senyap
                      mengikut kelas masing-masing dan membawa buku catatan.
                  iv.   Mengawal disiplin dan adab murid-murid sepanjang perhimpunan berlangsung.
                  v.   Pastikan persediaan dibuat dengan rapi untuk perhimpunan termasuk pembesar suara, susunan kerusi,
                      meja hadiah yang beralas (jika perlu) dan lain-lain.


               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                              71
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90