Page 87 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 87

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                          2021





               2.7     Membuat Pengumuman

                   i.        Memastikan maklumat sampai kepada semua murid/ guru/ warga sekolah terutama tentang perkara-
                             perkara penting/ isu semasa.

                  ii.        Membuat pengumuman (jika perlu) pada hari yang tiada perhimpunan.



               3. 0    GARIS PANDUAN KAWAD KECEMASAN

               3.1     Prosedur Tindakan

                    i.    Bunyikan Loceng : tanda kecemasan apabila loceng dibunyikan berturut-turut.

                    ii.   Kosongkan Bangunan

                       a.  Apabila loceng dibunyikan, semua murid berdiri di tepi meja dan berjalan  dengan cepat mengikut
                           pelan gerak arah kecemasan kebakaran  seperti yang dipamerkan di dalam kelas/ terdapat dalam
                           buku takwim ini (Pelan Sekolah) dan berhimpun di kawasan yang diarahkan.
                       b.  Bawa dompet. Jangan buang masa dengan mengemas barangan yang lain.
                       c.  Berbaris di padang mengikut kelas masing-masing seperti dalam perhimpunan.
                       d.  Ketua kelas/ Penolong Ketua Kelas hendaklah memadamkan suis lampu, kipas dan tutup pintu
                           sebelum meninggalkan kelas.
                       e.  Ketua  Kelas/  Penolong  Ketua  Kelas  hendaklah  memasttikan  bilangan  murid  di  kelas masing-
                           masing sama seperti  jumlah kehadiran pada hari tersebut.
                       f.   Kakitangan Makmal hendaklah menutup gas dan kakitangan lain memberi bantuan memadamkan
                           api.
                       g.  Suis besar elektrik hendaklah dipadamkan. (Tindakan: En.  Badiuzzaman)

                    iii.  Arahan Berbaris
                       a.  Semua guru mestilah mengawasi murid-murid di tempat mereka berkumpul.
                       b.  Guru Tingkatan hendaklah  menyemak nama murid di kelas masing-masing berdasarkan senarai
                          nama terkini.
                          .
                   iv.  Hubungi Pihak Bomba
                       a.  Kakitangan pejabat mestilah menghubungi pihak bomba.
                       b.  Pengawal Keselamatan, dibantu oleh pekerja-pekerja swasta, hendaklah membuka semua pintu
                          pagar.
















               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                              73
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92