Page 88 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 88

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                          2021





               EMPAT LANGKAH UNTUK DIINGAT BERSAMA-SAMA :


                 Bunyikan Loceng             Kosongkan               Arahan               Hubungi
                  Berturut-Turut             Bangunan               Berbaris            Pihak Bomba




               4.0     PENGURUSAN DISIPLIN MURID

                  i.   Setiap guru tingkatan mestilah mengadakan pemeriksaan ke atas murid- murid di kelasnya sekurang-
                       kurangnya 2 kali dalam setiap bulan.
                  ii.   Tarikh  dan  masa  pemeriksaan  terpulanglah  kepada  budi  bicara  guru  masing-masing.  Pemeriksaan
                       secara mengejut ada kelebihannya.
                 iii.   Sebarang kes salah laku yang dikenal pasti khususnya kes serius mestilah dimaklumkan kepada Guru
                       Disiplin/
                       PK HEM.
                 iv.   Semua guru boleh memasukkan salah laku murid dan amalan baik murid dalam Sistem Salah Laku
                       Disiplin Murid (SSDM).
                  v.   Kes ponteng hanya dimasukkan oleh guru tingkatan sahaja dalam SSDM.
                 vi.   Selaku  guru  bertugas  mingguan,  guru-guru  adalah  bertanggungjawab  mengendalikan  perhimpunan
                       dengan  sempurna,  mengawal  murid-murid  semasa  waktu  rehat  terutamanya  ketika  di  kantin  dan
                       mengenal pasti punca-punca murid datang lewat ke sekolah supaya tindakan yang dikenakan terhadap
                       murid-murid berkenaan adalah adil dan bersesuaian. Murid- murid yang hadir ke sekolah mestilah dilayan
                       seperti “tetamu” sesuai dengan Amalan Guru Penyayang.
                 vii.   Semua  guru  mesti  prihatin  dengan  masalah  ponteng  sekolah  atau  ponteng  kelas.  Ambillah  tindakan
                       segera mengikut prosedur yang ditetapkan dan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga murid.
                viii.   Guru-guru diminta merujuk Buku Panduan Disiplin murid untuk dijadikan panduan semasa mengambil
                       tindakan dan membuat pemeriksaan salah laku murid.
                 ix.   Semua murid mestilah mematuhi garis panduan berikut semasa pemeriksaan disiplin :
                         Memakai lencana sekolah.
                         Memakai tanda nama yang betul (ejaan dan warna)
                         Memakai pin/ cangkuk kecil baju bagi yang berbaju kurung.
                         Memakai singlet/’camisole’ bagi yang berbaju agak nipis terutamanya pengawas, pengawas PSS,
                           ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan (tanpa pinafore/ tudung)
                         Pinafore/ skirt mestilah labuhnya melebihi paras lutut (sekurang-kurangnya 2”).
                         Bersanggul dengan kemas atau mengikat rambut yang panjang dengan kemas.
                         Memakai kasut hitam dengan stoking hitam atau kasut putih dengan stoking putih kecuali bagi
                           mereka yang telah ditetapkan warna kasutnya seperti pengawas dan pengawas pusat sumber.
                  x.   Semua murid adalah dilarang :
                         Berkuku panjang, berinai dan mewarnakan kuku.
                         Mewarnakan rambut, fesyen rambut yang keterlaluan dan mencabut bulu kening.
                         Membawa atau memakai perhiasan/ aksesori (cincin, rantai, gelang, dll)
                         Bersubang lebih daripada satu bagi satu telinga atau bersubang di satu telinga sahaja. Subang
                           mestilah di tempat yang sepatutnya dan saiznya kecil sahaja.
                         Membawa cecair pemadam dan alat solek ( lipstik, bedak, blusher dll )
                         Membawa rokok, vape, ‘lighter’, mancis dan merokok/ gam (inhalen)
                         Membawa majalah hiburan, surat dan gambar peribadi, telefon bimbit, kaset, cd, radio, iPad, iPhone
                           kamera, permainan video, note book/ laptop dll tanpa kebenaran bertulis daripada guru.
                         Membawa apa-apa senjata termasuk gunting yang bukan digunakan untuk memotong kertas.
                         Membawa  apa-apa  juga  barangan/  peralatan/  perkakas  yang  menunjukkan  unsur-  unsur  lucah/
                           jenayah/ perkauman dan yang boleh mengancam individu lain.




               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                              74
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93