Page 89 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 89

SMK RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN                                          2021




               5.0     KONSEP SSDM

               5.1     PENGENALAN

               Sistem e-SSDM ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik
               sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan
               negara  pada  masa  hadapan.  Dengan  memasukkan  elemen  mata  (markah)  dalam  sIstem  ini,  status  sahsiah
               seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.


               5.2          TUJUAN
                Antara tujuan sistem ini adalah untuk

                  5.2.1      Menambahbaik sistem SSDM sedia ada.
                  5.2.2   Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat
                         Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
                  5.2.3   Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan
                         dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
                  5.2.4   Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu  sepenuhnya oleh Guru
                         Bimbingan dan Kaunseling.
                  5.2.5   Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / PK HEM, Pengetua,
                         Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
                  5.2.6   Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk  laporan


               5.3     PROSES KERJA


                  5.3.1 Perekodan Kes Salah Laku
                  5.3.1.1   Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
                  5.3.1.2   Ketua Guru Disiplin / PK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
                     5.3.1.3   Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman.
                  5.3.1.4   Ketua Guru Disiplin / PK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh
                         Pengetua.
                  5.3.1.5  Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
                  5.3.1.6  Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-
                         murid tersebut


                  5.3.2   Perekodan Amalan Baik
                  5.3.2.1   Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
                  5.3.2.2   Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.

               5.4     LATAR BELAKANG  SSDM V2.0

                  5.4.1 CIRI-CIRI

                  5.4.1.1   PANGKALAN DATA DISIPLIN

                                SSDM V2.0 akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada
                                peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan
                                rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan.

                  5.4.1.2   SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN
                                Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah
                                murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid,
                                terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

               Panduan Pengurusan dan Takwim Sekolah  2021                                              75
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94