Page 116 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 116

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1

                                  (b)    Penilaian Tender Kerja

                                         (1)    Penilaian  tender  kerja,  kecuali  tender  yang berasaskan
                                                konsep  Turnkey atau Design and Build boleh dibuat oleh
                                                satu Jawatankuasa Penilaian sahaja.

                                         (2)    Jawatankuasa  Penilaian hendaklah dianggotai oleh tidak
                                                kurang  dari  tiga  (3)  orang  pegawai.  Salah seorang  ahli
                                                Jawatankuasa  hendaklah  seorang Juruukur  Bahan  atau
                                                pegawai  teknikal  dalam  bidang  berkaitan  dengan  kerja
                                                tersebut.

                                         (3)    Proses  penilaian  tender  hendaklah  seboleh-  bolehnya
                                                disiapkan  dalam  tempoh  tiga  puluh (30) hari  dari  tarikh
                                                tawaran  tender  dikemukakan  kepada  Jawatankuasa
                                                Penilaian.

                                         (4)    Laporan penilaian hendaklah ditandatangani  oleh semua
                                                ahli Jawatankuasa.


                                  (c)    Asas Penilaian Tender

                                         (1)    Asas-asas      penilaian    tender    oleh    Jawatankuasa
                                                termasuklah perkara-perkara berikut:

                                                (i)    Memastikan  petender  memenuhi  kesemua syarat
                                                       yang  dinyatakan  dalam  dokumen tender.

                                                (ii)   Menilai  kemampuan  teknikal  petender  seperti
                                                       kakitangan  profesional  dan  teknikal, pengalaman
                                                       kerja,  rekod  prestasi,  projek  yang  sedang
                                                       dilaksanakan/dalam  tangan  dan  loji (disewa atau
                                                       milik sendiri).

                                                (iii)   Menilai  kemampuan  kewangan petender  dari segi
                                                       modal  pusingan,  net  worth,  kemudahan  kredit,
                                                       nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan
                                                       sebagainya.

                                                (iv)   Menganalisis harga tender dengan mengambil kira
                                                       tempoh      siap/penghantaran      yang  ditawarkan
                                                       berdasarkan tawaran yang  paling menguntungkan
                                                       Kerajaan.




                                                         M.S. 51/132
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121