Page 120 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 120

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1



                                 (h)     Pihak  Berkuasa  Melulus  bagi  memutuskan  senarai  nama
                                         syarikat  akan  dipelawa  secara  tender  terhad  untuk  perolehan
                                         kerja hendaklah diputuskan di Lembaga Perolehan ‘A’ MARA.

                                 (i)     Tender  terhad       b a g i    p e r o l e h a n    b e k a l a n    d a n
                                         p e r k h i d m a t a n  hendaklah  diputuskan  oleh  Lembaga
                                         Perolehan ‘A’ MARA.


                       10.   Had Nilai, Kuasa Dan Tanggungjawab Lembaga Perolehan MARA

                            (i)   Pertimbangan Tender

                                  (a)    Semua  perolehan  secara  tender  hendaklah  dipertimbangkan
                                         dalam  mesyuarat  Lembaga  Perolehan.  Pertimbangan  tender
                                         secara  edaran  adalah  tidak  dibenarkan  kecuali  bagi perolehan
                                         secara eBidding.

                                  (b)    Semua  perolehan  yang  melibatkan  peruntukan/pembiayaan
                                         Kerajaan Persekutuan sama ada sebahagian atau sepenuhnya,
                                         hendaklah  dibawa  ke  Lembaga  Perolehan Persekutuan untuk
                                         pertimbangan dan keputusan.


                            (ii)  Pelantikan Ahli Lembaga Perolehan MARA

                                  (a)    Ahli Lembaga Perolehan MARA dilantik oleh Menteri Kewangan.
                                         Penubuhan  Lembaga  Perolehan  MARA  akan  diuruskan  oleh
                                         Unit  Urusetia  Majlis  MARA.  Dalam  keadaan  tertentu,
                                         Kementerian     Kewangan       boleh    menubuhkan       Lembaga
                                         Perolehan  khusus  bagi  pelaksanaan  projek-projek  yang  diberi
                                         peruntukan khas dari semasa ke semasa.

                                  (b)    Lembaga  Perolehan  MARA  ‘A’  akan  mempertimbang  dan
                                         menyetuju  terima  tender-tender  yang  melebihi  RM20  juta,
                                         manakala Lembaga Perolehan MARA 'B' akan mempertimbang
                                         dan  menyetuju  terima  tender-tender  yang  bernilai  sehingga
                                         RM20  juta.    Lembaga  Perolehan  MARA  ‘B’  tidak  boleh
                                         mempertimbang  dan  menyetuju  terima  tender melebihi RM20
                                         juta  manakala  Lembaga  Perolehan  MARA  ‘A’  hanya  boleh
                                         mempertimbang  dan menyetuju terima tender sehingga had
                                         nilai yang ditetapkan.



                                                         M.S. 55/132
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125