Page 118 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 118

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1


                                         (2)    Urus  Setia  Lembaga  Perolehan  hendaklah merekodkan
                                                segala  keputusan  penting  seperti  nombor  tender,  tarikh
                                                keputusan  tender,  nama/kod  petender  yang  berjaya,
                                                harga  tawaran,  tempoh  siap, sebab-sebab penerimaan/
                                                penolakan dan sebagainya.

                                         (3)    Urus  Setia  Lembaga  Perolehan  hendaklah mendapatkan
                                                tandatangan Ahli Lembaga Perolehan Pusat sebaik sahaja
                                                keputusan tender telah dibuat.

                                         (4)    Keputusan  muktamad  Lembaga  Perolehan  MARA
                                                hendaklah dipamerkan di papan kenyataan Pusat dengan
                                                menyatakan  nama  syarikat  yang  berjaya, harga tawaran
                                                dan  tempoh  siap  secepat  mungkin selepas  Surat  Setuju
                                                Terima dikeluarkan, ditandatangani dan dikembalikan dan
                                                disiarkan  di dalam  laman  web  Pusat  masing-masing.

                                         (5)    Pengumuman  keputusan  muktamad  tersebut  di papan
                                                kenyataan  Pusat  dan  di  laman  web  masing-  masing
                                                hendaklah  dinyatakan  di  dalam  dokumen tender  untuk
                                                memudahkan  kontraktor  membuat rujukan.

                                         (6)    Sekiranya  sesuatu  tender  itu  perlu  dirujuk  kepada
                                                Perbendaharaan  untuk  keputusan,  rujukan  tersebut
                                                hendaklah  sampai  kepada  Perbendaharaan  dalam
                                                tempoh  tujuh  (7)  hari  selepas  keputusan  Lembaga
                                                Perolehan.


                       9.  Tender Terhad

                           Pusat  dibenarkan  untuk  melaksanakan  tender  terhad  dengan  syarat-  syarat
                           berikut:

                           (i)    Pemilihan Syarikat/Kontraktor

                                  (a)    Tender  terhad  yang  bernilai  sehingga  RM5  juta  dipelawa  di
                                         kalangan  10  syarikat/kontraktor  Bumiputera  tempatan  yang
                                         berdaftar  dengan  Kementerian          Kewangan  bagi  tender
                                         bekalan/perkhidmatan  dan  CIDB  yang  mempunyai  Sijil
                                         Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) bagi tender kerja.







                                                         M.S. 53/132
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123