Page 74 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 74
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
(b) Untuk mendapatkan bekalan item ini, permohonan hendaklah
dibuat menggunakan Borang Permohonan Pembelian yang
menggunakan Belanja Mengurus seperti Lampiran E.
Borang ini hendaklah dimajukan kepada Pengarah Bahagian
Pengurusan Aset dan Perolehan MARA.
(c) Bagi Institusi Pendidikan MARA, Kelulusan Pegawai
Mengawal Program hendaklah diperoleh bagi semua
perolehan yang menggunakan peruntukan Belanja
Pembangunan. Permohonan untuk membuat perolehan
hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Pembelian
menggunakan Peruntukan Belanja Pembangunan seperti di
Lampiran F.
(d) PMP tidak dibenarkan membeli item yang telah disenaraikan
sebagai Item Pembelian Berpusat (Central Purchasing) yang
diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan
MARA atau item yang disenaraikan dari semasa ke semasa.
Item Pembelian Berpusat adalah seperti di Lampiran H.
3. Kontrak Pusat Sistem Panel
(i) Pusat hendaklah melaksanakan perolehan bagi item Kontrak Pusat
Sistem Panel daripada panel pembekal atau kontraktor yang telah
dilantik oleh Perbendaharaan. Harga adalah berdasarkan harga
tawaran di kalangan panel. Perbendaharaan boleh menambah
bilangan item Kontrak Pusat Sistem Panel dari semasa ke semasa
mengikut keperluan.
(ii) Keterangan umum mengenai Kontrak Pusat Sistem Panel adalah
seperti berikut:
(a) Kajian Pasaran
Kajian pasaran yang berpatutan hendaklah dibuat supaya
perolehan yang hendak dilaksanakan adalah paling sesuai
dan menguntungkan dengan mengambil kira aspek kualiti
dan harga.
(b) Kontrak Formal
Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang
bernilai melebihi RM50,000 selaras dengan Arahan
Perbendaharaan (AP) 176.1. Walau bagaimanapun, bagi
kontrak bermasa, kontrak formal hendaklah diadakan
walaupun nilai perolehan kurang daripada RM50,000.
M.S. 9/132

