Page 76 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 76

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1


                                  (b)    perolehan  bernilai  melebihi  RM50,000  hingga  RM500,000
                                         hendaklah  diputuskan  oleh  Jawatankuasa  Sebut  Harga  Ibu
                                         Pejabat MARA (JSPIP);

                                  (c)    perolehan bernilai melebihi RM500,000 hendaklah diputuskan
                                         oleh Lembaga Perolehan MARA ‘B’ (LPMB); dan

                                  (d)    perolehan  yang  diuruskan  secara  e-bidding  hendaklah
                                         mematuhi  syarat-syarat  yang  telah  ditetapkan  yang  berkuat
                                         kuasa.



                   5.      Pembelian  Terus  Bagi  Perolehan  Bekalan/Perkhidmatan  dan  Kerja-
                           Kerja Requisition


                           (i)    Pembelian     Terus     ditafsirkan   sebagai     perolehan     bekalan/
                                  perkhidmatan  yang  melibatkan  jumlah  perbelanjaan  tahunan
                                  sehingga RM20,000 atau sesuatu kontrak.

                           (ii)   Setiap  jenis     item  ditafsirkan    sebagai  sesuatu       barangan/
                                  perkhidmatan  yang  mempunyai  fungsi  yang  sama  dan/atau  boleh
                                  diperolehi  daripada  satu  punca  bekalan  serta  perolehan  tersebut
                                  boleh dirancang.

                           (iii)   Kerja Requisition ditafsirkan sebagai kerja-kerja kecil dan pembaikan
                                  yang  tidak  mengubah  struktur  asal  dengan  menggunakan  Jadual
                                  Kadar Harga.

                           (iv)   Perolehan      perkhidmatan      percetakan,     perkhidmatan      agen
                                  pengembaraan,       bekalan    buku    cetakan     luar   negara     dan
                                  perkhidmatan  Multimodal  Transport  Operator  (MTO)  sehingga
                                  RM50,000  boleh  dibuat  secara  pembelian  terus  dengan
                                  pembekal/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

                           (v)    Item-item Kontrak Pusat dan Kontrak Pusat Sistem Panel hendaklah
                                  diperoleh melalui syarikat Kontrak Pusat  atau Kontrak Pusat Sistem
                                  Panel yang berkenaan.


                           Had Nilai, Kaedah Dan Syarat Pembelian Terus dan Sebut Harga Bagi
                           Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan Sehingga RM50,000

                           (i)    Had nilai pembelian terus dan sebut harga bagi perolehan bekalan
                                  dan perkhidmatan sehingga RM50,000 seperti berikut:



                                                         M.S. 11/132
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81