Page 75 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 75
Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan PK 2.1
(c) Laporan Penyata Pesanan
MARA hendaklah memastikan syarikat panel pembekal
mengemukakan Laporan Penyata Pesanan seperti format
yang ditetapkan di dalam Pekeliling berkaitan ke Bahagian
Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan bagi
setiap suku tahun.
(d) Aduan Mengenai Syarikat Panel
Pusat hendaklah mengemukakan aduan secara rasmi
mengenai prestasi syarikat yang kurang memuaskan ke BPK,
Kementerian Kewangan.
(e) Perolehan Item Kontrak Panel Daripada Punca Lain
Semua Pusat hendaklah menggunakan Kontrak Panel
sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain.
Mana-mana pengecualian hendaklah dipohon melalui
Pegawai Pengawal dan mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada BPK, Kementerian Kewangan.
(iii) Senarai item-item dan syarikat-syarikat di bawah Kontrak Pusat
Sistem Panel perlu dirujuk di 1Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1:
Kaedah Perolehan Kerajaan sebelum membuat sesuatu perolehan
kontrak pusat sistem panel.
4. Kaedah Pelantikan Syarikat Bagi Perkhidmatan Multimodal
Transport Operator (MTO)
Tatacara perolehan bagi perolehan perkhidmatan MTO ditetapkan
seperti berikut:
(i) Perolehan bernilai sehingga RM50,000 boleh diuruskan secara
pembelian terus dengan mana-mana syarikat yang berdaftar
dalam kod bidang 221109;
(ii) Perolehan melebihi RM50,000 hendaklah diuruskan melalui
kaedah sebut harga atau e-bidding tertakluk kepada syarat-syarat
seperti berikut:
(a) pelawaan hendaklah di kalangan sekurang-kurangnya 10
syarikat yang berdaftar di bawah kod bidang 221709;
M.S. 10/132

