Page 10 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 10

PERGERAKAN BERIRAMA








                 STANDARD
                KANDUNGAN


           ●  Melakukan pelbagai corak pergerakan
              mengikut muzik.
           ●  Mengaplikasikan pengetahuan konsep
              pergerakan dalam pergerakan berirama.
           ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
              pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
              kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
              melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk  kumpulan dan bekerjasama
              dalam kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika
              dalam sukan semasa melakukan aktiviti
              fizikal.                                                         Tarian Farapeirra



                 arian Bhangra dan Farapeirra merupakan tarian tradisional yang mendedahkan murid kepada
                 kepelbagaian budaya serta kaum di Malaysia. Aktiviti tarian ini melibatkan elemen-elemen
           Tpergerakan  fizikal yang merangkumi kesedaran ruang dan hubungan berpasukan dalam
           menghasilkan kreativiti pergerakan mengikut alunan muzik. Kedua-dua tarian ini membolehkan
           seseorang  murid memperkayakan kemahiran berfikir dan pergerakan yang kreatif. Penghayatan
           tarian juga membantu murid untuk meningkatkan kemahiran pergerakan fizikal, emosi dan sosial.
           Pergerakan kreatif daripada  tarian-tarian ini juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal seperti
           meningkatkan komponen-komponen ketangkasan, koordinasi, ketahanan, kekuatan, masa reaksi,
           kelenturan, imbangan dan lain-lain.
                Tarian-tarian ini melibatkan pelbagai pergerakan fizikal mengikut tempo muzik yang
           dimainkan. Alunan muzik yang pelbagai tempo ini melibatkan variasi pergerakan perlahan dan
           cepat yang boleh menjana kecergasan fizikal pelajar. Menurut Zubir Mohd Yunus (2018), tarian
           Bhangra boleh menjadi platform senaman aerobik yang boleh membantu meningkatkan stamina
           mereka yang melakukannya. Tarian-tarian ini ditarikan bukan sahaja dalam kalangan komuniti Sikh
           dan Portugis, malahan komuniti-komuniti lain di Malaysia seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain
           bangsa. Menurut Zainah Ismail (2019) yang merupakan juru tari tarian Farapeirra, penari-penari
           beliau terdiri daripada murid-murid Melayu dan India, malahan pergerakan tarian yang ditarikan                                                                     Tarian Bhangra
           diubah suai dengan pengaruh budaya Malaysia di samping mengekalkan konsep tradisionalnya.

         2                                                                                                                                                                                                      3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15