Page 7 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 7

PENDAHULUAN













                   Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 5 ini
                   dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
                   bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
                   insan yang seimbang serta harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
                      Buku teks Pendidikan Jasmani di peringkat Menengah Rendah telah
                   memperkenalkan pendekatan  Teaching Games for Understanding  (TGfU) yang
                   memberikan penekanan kepada aplikasi kemahiran untuk membina keyakinan
                   dan jati diri murid mengesan kemahiran dan bakat sedia ada dalam diri. Di
                   peringkat Menengah Atas, pendekatan TGfU dalam pembelajaran dan pengajaran
                   memberikan penekanan kepada kemahiran strategi dan pertahanan. Penekanan
                   di peringkat Menengah Atas ini  bertujuan melatih dan membimbing murid
                   supaya bijak mengatur serangan serta merancang strategi  dalam perlawanan.

                      Pendidikan Kesihatan mengekalkan tiga komponen utama iaitu Pendidikan
                   Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas.
                   Penulisan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan pula lebih memfokuskan
                   peningkatan literasi kesihatan murid yang meliputi penyalahgunaan bahan,
                   pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan, penyakit,
                   keselamatan, pemakanan serta pertolongan cemas. Di peringkat ini, kematangan
                   murid dapat diukur terutama dalam menangani isu-isu persekitaran yang kian
                   berleluasa.

                      Elemen tambahan seperti Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dan Elemen
                   Teknologi Merentas Kurikulum  (TMK),  Quick Response Code (QR  Code) dan
                   Kemahiran Berfikir  Aras  Tinggi (KBAT) digunakan bertujuan menggalakkan
                   murid mempraktikkan aktiviti serta meningkatkan keseronokan semasa proses
                   Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan juga bagi memastikan objektif utama
                   subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan  Tingkatan 5 tercapai.
                   Diharapkan agar buku teks ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh murid
                   dan guru. Semoga buku ini mencapai kehendak Kementerian Pendidikan
                   Malaysia (KPM) dalam mencapai hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah
                   (KSSM).






                                                                                                    v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12