Page 142 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 142
4.2 Gabungan
Membanding beza pilih atur dan gabungan
Dalam pilih atur, anda telah mempelajari bahawa kedudukan bagi setiap objek dalam satu set
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
adalah penting. Misalnya, kedudukan AB dan BA adalah dua pilih atur yang berbeza. Teliti
masalah di bawah.
Katakan anda mempunyai rakan bernama Aakif, Wong dan Chelvi. Anda diminta untuk
memilih dua daripada tiga orang rakan anda untuk menyertai satu aktiviti berkayak.
Berapakah bilangan cara anda boleh membuat pilihan? Adakah kedudukan rakan anda
penting dalam pemilihan tersebut?
Dengan menggunakan gambar rajah pokok, kita dapat
Sudut Informasi
menyenaraikan kemungkinan pilihan yang ada. Sudut Informasi
Wong {Aakif, Wong} • Pilih atur ialah proses
Aakif
Chelvi {Aakif, Chelvi} pemilihan objek yang
mempertimbangkan
susunan dan urutannya.
Aakif {Wong, Aakif}
Wong Misalnya, memilih 2
Chelvi {Wong, Chelvi} daripada 5 orang murid
untuk jawatan ketua kelas
Aakif {Chelvi, Aakif} dan penolong ketua kelas.
Chelvi • Gabungan ialah proses
Wong {Chelvi, Wong}
pemilihan objek tanpa
mempertimbangkan
Namun, adakah keputusan untuk memilih ‘Aakif dan susunan dan urutannya.
Wong’ berbeza daripada memilih ‘Wong dan Aakif’? Dalam Misalnya, memilih 2
situasi di atas, adakah kedudukan suatu objek penting dalam daripada 5 orang murid
membuat pemilihan? untuk menyertai suatu
Berdasarkan rajah di sebelah, hanya terdapat 3 pertandingan.
cara pemilihan sahaja kerana kedudukan objek adalah
tidak penting. Maka, pemilihan yang mungkin ialah SAMA
{Aakif, Wong}, {Aakif, Chelvi} atau
Aakif Wong Wong Aakif
{Wong, Chelvi}.
Secara amnya, SAMA
Apabila pemilihan suatu objek daripada suatu Aakif Chelvi Chelvi Aakif
set dibuat tanpa mengambil kira susunan,
pemilihan ini dikenali sebagai gabungan. SAMA
Wong Chelvi Chelvi Wong
Latihan Kendiri 4.6
Nyatakan sama ada situasi yang berikut melibatkan pilih atur atau gabungan. Jelaskan.
Sebuah syarikat stesen televisyen menawarkan kepada pelanggan untuk
memilih 7 saluran daripada 18 saluran yang ada.
132
132 4.2.1 4.2.2

