Page 242 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 242

Kes


                    Rakan  sekerja  saya  telah  menyertai  program  10  sesi
                    untuk melangsingkan badan yang ditawarkan oleh
                    Syarikat X dengan bayaran  sebanya  RM2500.00.



                    Malangnya, setelah menghabiskan 10 sesi selama
                    satu bulan setengah, berat badannya hanya
                    susut 1.5 kilogram dan pengurangan sebanyak
                    2 sentimeter di bahagian pinggang.
                    Beliau telah melahirkan rasa tidak puas hati
                    terhadap hasil tersebut. Namun begitu, beliau diminta
                    untuk meneruskan sesi rawatan. Menurut mereka,
                    penggunaan beberapa teknologi diperlukan bagi
                    merawat tubuh rakan saya itu yang dikatakan mempunyai
                    masalah yang serius. Tawaran tersebut ditolak oleh rakan
                    saya kerana sudah hilang keyakinan terhadap Syarikat X.

                    Kemudian, beliau menyertai program yang     serupa di Syarikat Y dan hasilnya,
                    berat badannya turun dengan ketaranya setelah melalui 10 lagi sesi pelangsingan       16
                    dengan bayaran RM988.00 sahaja. Rakan saya telah memfailkan tuntutan terhadap
                    Syarikat X. Sebelum perbicaraan di tribunal bermula, bayaran penuh telah
                    dipulangkan oleh Syarikat X kepada rakan saya.                                       TEMA
                    Pada pendapat saya, memang penting untuk kita mengetahui hak kita sebagai
                    pengguna dan mempraktikkannya.







                                                                                                          Integriti
                                                   Hak-hak
                                                   Pengguna

                                                                                 KPDHNHEP
                                                                Hak untuk mendapatkan
                                                                      keselamatan.
                        Hak untuk mendapatkan
                             keperluan asas.

                                                                  Hak untuk membuat
                                                                        pilihan.
                        Hak untuk mendapatkan
                               maklumat.
                                                                Hak untuk menyuarakan
                                                                       pendapat.
                        Hak untuk mendapatkan
                               ganti rugi.
                                                                Hak untuk mendapatkan
                                                                  pendidikan pengguna.
                        Hak untuk mendapatkan
                         alam sekitar yang sihat
                              dan selamat.


                2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu
                    berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
                5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks.           215
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247