Page 241 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 241
Untung tetapi Rugi
Membaca Tatabahasa
1. Baca bahan dengan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Kemudian, buat
rumusan tentang pandangan daripada penulis yang berbeza berdasarkan
bukti secara rasional.
Aktiviti 2. Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif dalam bahan. Kemudian, bina perenggan
yang mengandungi ayat aktif dan ayat pasif dengan betulnya mengikut
konteks.
3. Cari maklumat tentang cara-cara untuk menuntut ganti rugi daripada tribunal
dan rumuskan maklumat dalam bentuk poster.
Integriti dalam Perniagaan
Bukan semua ahli perniagaan berintegriti. Demi keuntungan dan kelangsungan syarikat,
16 mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk menipu pelanggan. Hakikat ini pahit
TEMA untuk diakui, namun begitu, hanya mereka yang mengalami mengetahui kebenarannya.
Apa Kata Mereka?
Pengguna yang mengalami kerugian dan berasa tidak puas
hati tentang urus niaga yang dilakukan bolehlah memfailkan
tuntutan ganti rugi yang nilainya tidak lebih daripada
RM50 000.00 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
(TTPM). Perkhidmatan yang lebih mudah, lebih murah, dan
Integriti lebih cepat jika dibandingkan dengan tuntutan ganti rugi
di Mahkamah Sivil disediakan di TTPM.
Encik Raymond Sherif,
Pegawai Undang-undang.
Saya pernah beberapa kali ditipu ketika saya membuat
pembelian dalam talian. Pertamanya, bayaran telah saya
buat, namun barang yang saya nanti tidak sampai-sampai.
Kali kedua, sampai, tetapi barangan tersebut tidak seperti
yang diiklankan dalam talian dari segi fizikal dan kualitinya.
Walaupun kerugian tidak mencecah ribuan ringgit, namun
saya tetap menuntut ganti rugi supaya peniaga tidak
sewenang-wenangnya menipu pengguna.
Encik Navinkumar a/l Ratanam,
Pembeli tegar dalam talian.
Pembeli kadang-kadang terlalu cerewet. Mereka tidak mahu
mengeluarkan wang tetapi hendak barangan murah dan
berkualiti. Tidakkah mereka sedar bahawa alah membeli,
menang memakai? Mana mungkin sebuah beg tangan yang
berharga RM200.00 sama kualitinya dengan beg tangan yang
berharga RM800.00?
Puan Norziatulhana binti Mohd. Yasin,
214 Usahawan dalam talian.

