Page 248 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 248

(iv)   Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis
                   petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu baku tanpa mengubah bentuk dan
                   maksud asalnya.

                       Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Seri Wak Raja?”
                       Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
                       Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan tiada juga
                       berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara

                       Diraja  akan Tun  K  ana  Bendahara  Ser  Wa  Raja  saudara  Paduka Raja?”
                       Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”


             (v)   Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua
                   peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut.

                       Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Itulah yang menjadi pegangan kami
                       dalam ekspedisi ini. Apakan daya, malang tidak berbau. Ketua kumpulan              16
                       yang terpaksa menghentikan pendakian telah menyebabkan kami seperti
                       anak ayam kehilangan ibu.                                                         TEMA


             Soalan 4
             Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
             berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
               Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?
               Sebenarnya Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul
               kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan seperti cara nenek moyang
               kepada nenek moyangnya, dan cucu-cicit kepada cucu-cicitnya berjalan, telah betul          Integriti
               dan sempurna. Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang berasa hairan dan takjub
               melihat manusia itu sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan
               ajaran dan peraturan yang pelbagai macam, daripada doktrin-doktrin, rukun-rukun,
               fatwa-fatwa sampailah kepada pekeliling-pekeliling dan memo-memo.
                    Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan
               dan mengawas pelaksanaan peraturan-peraturan, daripada peraturan lalu lintas
               jalan raya, peraturan datang ke pejabat, dan peraturan berpakaian, sampailah kepada
               peraturan-peraturan bercakap di Parlimen dan di mahkamah, peraturan menyekat air
               dan menggunakan elektrik, serta peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala
               yang berambut.
                    Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah apabila melihat manusia yang tidak
               pernah berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya,
               memelihara rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan
               dan minum untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu majun untuk
               memperkuat bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit,
               menentukan jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran di samping berkelahi,
               menindas, dan menipu sesama sendiri.
                    Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar atau menyuruh anaknya
               berjalan betul? Ketam atau manusia?

                        (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Usman Awang, 1987. Puisi-puisi Pilihan.
                                  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
                                                                                                 221
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253