Page 245 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 245

Penilaian

           Soalan 1
           Berdasarkan bahan, tulis rencana untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
           keselamatan jalan raya. Panjang rencana anda hendaklah antara 150 patah perkataan
           hingga 200 patah perkataan.

                                      Statistik Kemalangan Jalan Raya

              1.  Secara umum, purata kes maut jalan raya pada tahun 2019  ialah sekitar 7000 hingga
                 8000 orang setahun. Hal ini bermakna, dianggarkan 20 orang maut setiap hari
                 di jalan raya negara ini, manakala lebih 25 000 orang cedera setiap tahun.
              2. Kadar kematian jalan raya di Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi
       16        di dunia.        (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/33624/KOLUMNIS/

       TEMA                                20-maut-setiap-hari-di-jalan-raya)


                               Indeks Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya

              Kerajaan memandang serius perangkaan kemalangan ini dan menangani isu
              keselamatan jalan raya ini secara holistik. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah
              intervensi yang mengguna pakai pendekatan 5E. Pendekatan ini merangkumi
              pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran, dan penilaian. Antaranya
              termasuklah:
     Integriti  →  Pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya kepada murid          01
                   sekolah rendah dan menengah.

               →   Penguatkuasaan piawaian teknikal kenderaan berdasarkan piawaian      02
                   United Nations Economic Commision for Europe.
               →   Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan berkala dan ad hoc dijalankan   03
                   oleh agensi-agensi penguat kuasa sepanjang masa.
               →   Penambahbaikan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Automated          04
                   Enforcement System (AES) yang berterusan.
               →   Penyelenggaraan dan aktiviti pengauditan keselamatan jalan raya.     05



               →   Kempen advokasi bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan
                   jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama
                   agensi-agensi berkaitan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan      06
                   media massa.
               →   Penilaian tentang keberkesanan usaha atau aktiviti keselamatan jalan raya   07
                   yang dijalankan selain memastikan pelaksanaannya menepati
                   kumpulan sasaran.

                           (Sumber: http://www.mot.gov.my/my/darat/keselamatan-jalan-raya/perangkaan-
                                     kemalangan-jalan-raya-indeks-kematian)
       u
         218
         KPM
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250