Page 249 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 249
(i) Apakah maksud “hairan dan takjub”?
(ii) Mengapakah Sang Ketam mengatakan bahawa kaum mereka tidak pernah mengajar
anak ketam berjalan dengan betulnya?
(iii) Apakah perkara yang menimbulkan kehairanan Sang Ketam terhadap manusia?
(iv) Berdasarkan bahan, ulas idea yang terdapat dalam bahan dengan menggunakan
analogi yang betul dan tepat.
(v) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh manusia agar kehidupan
mereka lebih sejahtera dan harmoni?
Soalan 5
Baca petikan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
16 “Datanglah ke Tanah Tinggi Cameron dalam tiga bulan lagi; tuan haji
TEMA tengoklah nanti bagaimana saya bawa Tajau Emas ke sana. Ada Aya-Strawberry
Park lagi,” kata Waheeda positif. Haji Said yang berusia awal 50-an itu mengangguk
kagum melepaskan pelanggan setianya pergi meninggalkan pejabatnya.
“Kalaulah usahawan Bumiputera mempunyai kecekalan dan jati diri seperti
Waheeda, alangkah baik dan cepatnya negara kita mencapai taraf negara maju.”
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Beb Sabariah, hlm. 304-305,
2016. Novel Tirani. Kementerian Pendidikan Malaysia)
Integriti (i) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan pusat pelancongan yang diusahakan oleh
Waheeda di Tanah Tinggi Cameron.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang anda pelajari.
Aktiviti membaca novel membawa banyak kebaikan. Jelaskan kebaikan tersebut.
222

