Page 246 - Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM
P. 246

Soalan 2
             Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya antara 350 patah
             perkataan hingga 500 patah perkataan.

             (i)
                    Setiap bakal pekerja harus menerima hakikat bahawa era globalisasi pastinya
                    membawa perubahan dalam aliran pemikiran. Majikan lebih cenderung
                    untuk memilih dan memerlukan calon pekerja yang memiliki kepakaran serta
                    pemahaman merangkumi pelbagai aspek kemahiran. Beberapa ciri penting perlu
                    ada, iaitu berdikari, berinisiatif, mahir berkomunikasi, pandai menyesuaikan diri,
                    berdisiplin, dan mengamalkan etika berpakaian.

                   (Sumber: Diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/84480/
                              tip-kerjaya-ciri-pekerja-pilihan-majikan)
                                                                                                          16
                 Berdasarkan maklumat dalam bahan di atas, kemukakan pendapat anda tentang
                 ciri-ciri yang perlu ada pada setiap bakal pekerja yang cemerlang.
                                                                                                         TEMA
             (ii)
                     Karya sastera sememangnya kurang mendapat tempat di hati masyarakat kerana
                    mereka lebih berminat dengan bahan bacaan ringan. Penyuburan minat terhadap
                    karya sastera perlu bermula dari sekolah lagi dengan memperbanyak naskhah
                    di perpustakaan supaya mudah diakses oleh murid dan guru.

                                                  – Datuk Dr. Zurinah binti Hassan, Sasterawan Negara
                                                                                                          Integriti
                  Sasterawan Negara berpendapat bahawa penyuburan minat terhadap karya sastera
                  perlu bermula dari sekolah.

                  Berdasarkan pendapat tersebut, kemukakan cadangan kepada pihak sekolah tentang
                  usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyuburkan minat murid terhadap karya
                  sastera.


             Soalan 3
             Berdasarkan bahan, jawab soalan-soalan di bawah.

             (i)  Pilih dua kata kerja terbitan dan dua kata nama terbitan yang terdapat dalam
                 bahan. Kemudian, bina ayat untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan
                 penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
                 atau nama khas.

                      Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada usahawan
                      Perindustrian Kecil dan Sederhana. Antaranya termasuklah penyediaan kios
                      niaga di pasar raya besar bagi memasarkan produk terbaharu mereka. Yang
                      penting, mereka perlu melakukan penambahbaikan dalam setiap kelemahan
                      yang dikenal pasti.



                                                                                                 219
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251