Page 134 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 134

Ala, Emak Kahwinkan Aku!


                            1.  Baca petikan dengan telitinya. Kemudian, nyatakan sikap yang ditunjukkan
                               oleh Tahir.
                            2.  Jika anda menjadi Tahir, apakah keputusan yang akan anda ambil? Berikan
                               alasan anda.
                            3.  Bincangkan persamaan dan perbezaan majlis perkahwinan Melayu
                               tradisional dengan majlis perkahwinan moden.



             TEMA 8  Tahir  mundar-mandir  di  dalam  bilik.  Dari  muka  pintu  ke  jendela.  Dari  depan  cermin                                                                                                           TEMA 8

                  ke bucu katil. Dari meja solek ke tiang kelambu. Setiap sudut bilik dijelajahinya seperti orang
                  mengukur jalan.
                     Namun  demikian,  sehingga  senja,  belum  ditemuinya  jawapan  kepada  soalan  Maryam
                    malam tadi melalui WhatsApp, “Abang, tuksedo nak tempah bila?”
             Dalam Lipatan Kenangan  perkahwinan mereka dijalankan mengikut gaya Inggeris moden, apatah lagi konsep dalam                                                                                                    Dalam Lipatan Kenangan
                     Kalaulah  Maryam  tahu  bahawa  bakal  mentuanya  cukup  tidak  berkenan  jika  majlis

                  taman bunga seperti majlis pertunangan Putera Harry dengan Meghan Markle, pasti Maryam
                  meradang.

                     Manakan tidak, rencana perkahwinan mereka sudah dibuat sejak kira-kira lima tahun
                  lalu. Mereka rapat sejak sekolah rendah. Oleh itu, Tahir tidak pernah sekali dapat menolak
                  permintaan  mata  airnya  itu.  Hampir  semua  dituruti.  Walau  bagaimanapun,  kehendak
                  Maryam kali ini agak terlalu berat, kerana di hujungnya ada harapan ibu yang tak mungkin
                  dinafikan oleh Tahir.
                     Ibu  mahu  perkahwinan  anak  bongsunya  itu  kalau  boleh  seratus  peratus  menyerupai
                  majlisnya  sendiri  lima  puluh  tahun  yang  lalu.  Tiga  hari  tiga  malam.  Lengkap  dengan
                  kompangnya,  silat  pulutnya,  diarak  atas  tandunya,  berkeris  bertengkoloknya,  berbalas
                  pantunnya, bersanding di pelaminnya, perarakan bunga manggarnya, para gadis pembawa
                  pahar bunga telurnya, kalau boleh semualah!
                     Malam  sebelumnya  kalau  boleh  biarlah  ada  dondang  sayang.  Lagi  bagus  kalau  dapat
                                    dilawankan Pak Murad Kampung Morten dengan Nyonya Tan dari Banda
                                          Kaba.  Kumpulan  pemain  rebana,  gong,  dan  biola  pula  boleh
                                              dipanjangkan  hingga  ke  hari  majlis.  Kita  tengok  siapakah
                                                lebih  handal  berpantun;  Pak  Murad  atau  Nyonya  Tan?
                                                  Lebih seronok kalau dipanggil sekali kumpulan penarinya
                                                   pada hari langsung.
                                                          Panggil saudara-mara, pak cik, mak cik, anak-anak
                                                     buah, sepupu, dua pupu, waris jauh, waris dekat, dan
                                                     orang kampung semua. Biar meriah. Bunga api buluh
                                                      jangan lupa tempah dari Tangga Batu. Biar bercahaya
                                                      malam itu gilang-gemilang meraikan raja sehari.
                                                         Abah  pula  mengusulkan  permintaan  yang  tidak
                                                     begitu  sukar.  Abah  hanya  mahu  pada  hari  majlis
                                                     berlangsung,  ada  kumpulan  rebana  dan  kumpulan
                                                    marhaban.  Abah  akan  menjemput  beberapa  orang
                                                kawannya untuk datang membantu.


                112
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139