Page 160 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 160

Pencinta Bahasa





                              1.  Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu
                                 yang anda pelajari. Kemudian, berikan makna perkataan tersebut
                                 dengan merujuk kamus.
                              2.  Kategorikan kata prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian,
                                 tulis perenggan pendek dengan menggunakan perkataan tersebut.
                              3.  Cari dan  baca cerpen  lain  yang bertemakan bahasa dan sastera.
                                 Senaraikan kosa kata baharu daripada cerpen tersebut pula.


                                             Elegi Hujung Mac



                   “Melankolik,” kata Xiao Hong apabila aku mencadangkan agar dia membaca sajak tulisanku.
                      Xiao Hong, gadis dari Beijing. Dia datang ke Malaysia dalam rangka program pertukaran
                   pelajar. Xiao Hong penuntut Beijing Foreign Studies University. Dia mempelajari bahasa
             TEMA 10  Melayu sebagai bahasa asing di universiti tersebut. Tiga hari lagi, Xiao Hong akan menyertai
                   pertandingan mendeklamasikan sajak, iaitu salah satu acara dalam program pertukaran
                   pelajar itu.
                      “Ya, sajak ini melankolik. Nukilan saya, bukan plagiat. Saya pasti sajak ini amat menarik
                   jika dibaca dengan iringan muzik sentimental atau awak mahu membaca sajak bernada
                   romantik, sinis, atau protes?” tanyaku.
             Bahasa Bugar, Sastera Kekar  dengan yakinnya.
                      “Kesemuanya bukan pilihan saya, Hazli. Saya memilih sajak patriotik,” kata Xiao Hong

                      Aku sangat terkejut, tidak menyangka dia akan memilih sajak patriotik, memandangkan
                   negara ini bukan tempat tumpah darahnya. Kata-kata selanjutnya lebih mengejutkan aku.
                   Dia memilih sajak Bahasa Daun karya Sasterawan Negara, Dr. Siti Zainon binti Ismail. Sajak
                   itu bertemakan cinta akan bahasa. Pemilihan diksi dalam sajak itu menarik.
                      “Satu pilihan yang tepat. Bagi saya, sajak tersebut sajak intelektual yang bersifat
                   komunikatif. Sajak yang komunikatif memang sesuai untuk penyampaian deklamasi yang
                                menarik,” kataku agak teruja.
                                     “Saya hendak menyampaikannya dengan berkesan. Bolehkah Hazli
                                   membantu saya?” pintanya.
                                         “Tentu sahaja boleh,” kataku gembira kerana dia meminta bantuanku.
                                     “Untuk peringkat awal, cuba fahami sajak itu kerana apresiasi dan
                                     ekspresi amat penting untuk deklamasi sajak yang berkesan.”
                                        Selama tiga hari, aku melatih Xiao Hong. Aku membetulkan
                                     nada, intonasi, dan jeda semasa dia mendeklamasikan sajak itu.
                                    Penyampaiannya semakin hari semakin baik. Xiao Hong telah memberikan
                                  tekanan suara pada tempat yang sesuai. Aksi dan mimik mukanya juga tidak
                                  berlebih-lebihan tetapi dia berjaya menunjukkan penghayatan terhadap
                                  sajak tersebut.
                                     Xiao Hong dapat menghayati sajak itu dengan mudahnya kerana dia
                                  menguasai bahasa Melayu.

                 138                                                                                                                                                                                                 139
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165