Page 175 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 175

Terima Kasih Kolej Vokasional


                    Kolej vokasional terbukti mampu melahirkan tenaga
                    kerja yang berdaya saing tinggi dan mempunyai
                    nilai kebolehpasaran. Nur Amira binti Halil, seorang
                    usahawan muda baulu telah membuktikan pernyataan
                    tersebut. Beliau yang merupakan bekas pelajar Kolej
                    Vokasional  Ekonomi  Rumah  Tangga  (ERT)  Setapak
                    dalam bidang kulinari telah memulakan  perniagaan
                    baulu pada tahun 2016. Sehingga kini, perniagaan yang
                    diusahakan oleh beliau berkembang maju. Mari kita
                    teliti ringkasan maklumat tentang beliau.
                    Kejayaan:                                        Rahsia kejayaan:
                    •  Memasarkan kuih baulu di dalam negara dan     •   Tidak mudah berputus asa.
                        pada peringkat antarabangsa.                 •  Sentiasa berfikiran positif.
                    •  Memiliki kilang pengeluaran di Klang, Selangor.  •  Sentiasa berusaha dan mempunyai
                    •  Menerima Anugerah Usahawan Belia 2019            keyakinan yang tinggi.
                       daripada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian    •  Berani mengambil risiko.
                           Persekutuan yang juga dikenali sebagai Federal   •  Bijak mengambil peluang dan
                        Agricultural Marketing (FAMA).                  menyelesaikan masalah.
 TEMA 11                                                             •  Sentiasa tawakal dan menghormati         TEMA 11

                                                                        ibu bapa.



 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa     Tahukah anda?                                                            Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa














                 Tujuh Kemahiran Insaniah
                 •    Kemahiran berkomunikasi.
                                                              penemu duga ialah:
                 •    Pemikiran  kritis  dan  kemahiran       Antara soalan yang sering dikemukakan oleh
                                                              •  Mengapakah syarikat ini perlu memberikan
                      menyelesaikan masalah.                     jawatan ini kepada anda?
                 •    Kemahiran kerja berpasukan.             •  Mengapakah anda layak menjawat
                 •    Pembelajaran berterusan dan                  jawatan dalam syarikat ini?
                     pengurusan maklumat.                     •   Bagaimanakah  kekuatan  diri  anda  dapat
                 •    Kemahiran keusahawanan.                   menyumbang kepada kejayaan syarikat ini?
                 •    Etika dan moral profesional.            •  Apakah  yang  boleh  anda  tawarkan  kepada
                 •    Kemahiran kepemimpinan.                    syarikat ini?

                     1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
 152                      dan kerjaya dengan yakin.                                                     153
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180