Page 177 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 177

Terima kasih, ayah!

                      “Saya ditawarkan biasiswa untuk belajar di universiti!”
                      “Wah, tahniah! Awak ni hebat sungguh.”
                      “Awak pula bagaimana? Awak dah dapat keputusannya?”
                      “Saya tidak senasib dengan awak.”
                      “Tentu ada peluang lain nanti. Janganlah sedih sangat!”
                      Setiap kali Aiman membaca mesej perbualannya
                    dengan Ganesh, perasaan kesal menyerbunya. Kalaulah
                    dia mendapat keputusan peperiksaan SPM yang lebih
                    baik, tentu peluang untuk mendapat biasiswa seperti
                    Ganesh akan terbuka luas untuknya.
                      Tatkala dia melihat Ganesh yang begitu teruja
                    untuk melanjutkan pelajaran, dia seakan-akan               Pelan simpanan wang daripada
                    terkontang-kanting tanpa hala tuju. Keinginannya untuk     Perbadanan Tabung Pendidikan
                    melanjutkan pelajaran ke kolej yang menawarkan bidang     Tinggi Nasional (PTPTN).
                    pelajaran yang diminatinya itu terkubur.
                      ‘Macam mana ni? Nak belajar pun tak ada modal.          Skim Simpanan Pendidikan Nasional
                    Nasib, nasib,’ keluhnya sendirian. Kemudian, dia         manfaat simpanan dan takaful yang
                                                                              (SSPN-i) ini direka khas untuk memberi
                    teringat kata-kata Cikgu Amir.                           komprehensif secara serentak kepada
                      “Dengan perkembangan ekonomi masa ini, telah           jaminan masa hadapan.
                                                                             pendeposit untuk seisi keluarga sebagai
                    muncul pelbagai bidang kerjaya. Macam-macam
                    bidang ilmu yang boleh awak terokai dan mempunyai
 TEMA 11            pasaran kerja yang luas. Pokok pangkalnya, ilmu yang                                         TEMA 11
                    ada di dada. Berusahalah bersungguh-sungguh.”
                      Kata-kata Cikgu Amir itu seakan-akan suatu azimat
                    yang ditiup kepadanya. Dia yang berminat dengan
                    bidang pemasaran dan pelaburan ingin menceburi bidang tersebut sebagai
 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa  di sana-sini untuk menanggung kos pembelajarannya nanti.                    Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
                    kerjayanya suatu hari nanti. Namun, impiannya hancur berkecai. Dia gagal memperoleh
                    biasiswa. Dia kesal. Sanggupkah dia membebankan ayah dan ibunya demi mencapai aspirasi
                    hidupnya?  Dia juga  tidak sanggup  melihat ayahnya bergolok bergadai  atau ada  hutang

                      Tiba-tiba, ayah dan ibu muncul. Mereka dari dapur.
                      “Man, sudah isi borang untuk ke kolej yang Man cakapkan hari tu?” soal ayah.
                      “Entahlah ayah. Tak jadilah Man hendak belajar di kolej tu. Belanjanya besar,” katanya
                    dengan nada yang perlahan.
                      “Apa masalahnya? Kita bukannya tak ada duit. Gunalah duit simpanan SSPN-i. Memang
                    itulah tujuannya, bukan?” kata ayah.
                      “Eh, sejak bila pula Man menyimpan wang dalam akaun itu?” soalnya kehairanan.
                      “Man memanglah tak menyimpan, tetapi ayah menyimpan untuk Man. Akaun itu ayah
                    buka sejak Man berumur satu hari lagi. Inilah masa yang sesuai untuk kita gunakan wang
                    simpanan tu,” jelas ayah.
                      Kata-kata ayah penyembuh kekesalannya. Aiman amat gembira. Dia bersyukur.
                      “Man mendaftar pengajian ke kolej tu sekarang juga,” kata Aiman.
                      “Daftar kolej apanya? Hari ni hari Ahad!”
                      “Daftar secara dalam talian, mak,” balas Aiman sambil memanjat anak tangga ke tingkat
                    atas rumahnya.




                     2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
                         penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
                     5.3.1  Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
 154                     dengan betul mengikut konteks.                                                 155
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182