Page 178 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 178

Tak Takut Rugi?




                                                                                               IMBAS SAYA
                             1.  Berdasarkan petikan, apakah kebaikan perniagaan dalam talian?
                             2.  Terokai maklumat tentang bentuk-bentuk penipuan lain yang pernah
                                berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini.
                                Terangkan maklumat tersebut kepada rakan anda.
                             3.  Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anda tertipu
                                apabila melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian?

                                             Waspada Selalu




                     Haikal sedang membungkus barangan yang akan dipos kepada pelanggannya. Tiba-tiba,
                  Suresh menyapanya.
                     “Kali ini, dari mana pula pelanggan awak?”
                     “Kelantan.”
                     “Dengan adanya perniagaan dalam talian ini, orang Kelantan atau mana-mana negeri boleh
                  membeli barang di mana-mana sahaja, ya. Lebih menarik lagi, orang muda seperti awak dah
             TEMA 11  jadi ahli perniagaan. Tapi Haikal, awak perlu sentiasa berhati-hati dengan perniagaan dalam                                                                                                            TEMA 11
                  talian. Banyak penipuan yang telah dilakukan, sama ada oleh penjual mahupun pembeli.”
                     “Bercakap tentang perkara itu, saya hampir ditipu bulan lepas. Pembeli ini cuba menipu
                  saya dengan menggunakan teknik pembayaran berjadual.”
            Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa  bayaran yang dibuat pada hari ini tetapi duit akan dimasukkan ke dalam akaun penjual                                                                                         Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
                     “Teknik apa pula tu, Haikal? Tak pernah dengar pun sebelum ini.”
                     “Melalui teknik ini, pembeli akan membuat pembayaran secara dalam talian dan
                  meletakkan tarikh lain untuk bayaran itu dimasukkan ke dalam akaun penjual. Contohnya,


                  mengikut tarikh yang dipilih oleh pembeli. Resit sebagai bukti bayaran akan dikeluarkan
                  oleh pihak bank selepas transaksi selesai dibuat. Pembeli akan mengemukakan resit tersebut
                  kepada penjual sebagai bukti bayaran.”
                     “Habis tu, bagaimana pula penjual itu akan tertipu?”
                     “Biasanya, apabila pembeli sudah menunjukkan bukti pembayaran, penjual akan terus
                  mengepos barang  yang  dibeli.  Sebaik  pembeli  menerima barang tersebut, mereka akan
                  membatalkan bayaran berjadual itu secepat mungkin. Maka meloponglah si penjual kerana
                  barang sudah dipos sedangkan wang bayaran tidak diperoleh.”
                     “Wah, licik betullah! Bagaimanakah awak dapat mengesan penipuan pembeli ini?”
                     “Saya rasa pelik apabila pembeli ini terlalu menggesa saya untuk mengepos barangan yang
                  ditempah dengan segeranya selepas dia mengemukakan resit bank sebagai bukti bayaran.
                  Kemudian, saya membuat semakan pada akaun saya. Terkejut saya dibuatnya. Bayaran yang
                  dinyatakan oleh pembeli ini belum masuk ke dalam akaun saya.”
                     “Nasib baik awak menyemak akaun awak terlebih dahulu. Kalau tidak, awak pun turut
                  sama melopong.”
                     Kedua-dua rakan itu tertawa kecil. Namun, di sebalik kejadian ini, ada iktibar buat
                  si peniaga muda. Berwaspadalah selalu, ya!


                156                                                                                                                                                                                                 157
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183