Page 182 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 182

FA  FS




                              Ekspresi Diri







                            1.  Analisis bahan. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional dalam
                               perbincangan secara bertatasusila.
                            2.  Berbincanglah dengan guru dan rakan anda tentang idea lukisan mural 3D.
                               Kemudian, laksanakan projek melukis mural 3D di sekolah.






                       Seni Jalanan: MURAL dan GRAFITI



                  Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding. Lukisannya berkisar
                  tentang sesuatu benda, peristiwa, cerita, atau pengalaman yang mengusik perasaan yang
                  dilahirkan dengan cara yang cukup halus, cekap, lagi mendalam. Oleh sebab itu, seni mural
                  ini bukan sekadar karya seni untuk menceriakan sesuatu kawasan, malahan mengandungi
                  maksud atau nasihat tertentu yang tersirat.
             TEMA 12    dengan golongan muda yang mahu meluahkan perasaan yang bergelojak. Oleh sebab itu,                                                                                                                   TEMA 12
                     Grafiti pula ialah suatu lakaran yang dibuat pada dinding. Suatu ketika, grafiti ini dikaitkan

                  grafiti dipandang negatif dan dianggap sebagai vandalisme kerana contengan-contengan liar
                  yang dihasilkan oleh golongan ini agak menjengkelkan.
                     Namun kini, lukisan jalanan mural dan grafiti merupakan salah satu seni yang sedang
                  berkembang maju. Gerakan pihak pengurusan perbandaran memperindah persekitaran
                  bandar, terutamanya bangunan melalui sentuhan karya seni ini telah menampakkan kejayaan.
                  Dalam sekelip mata, kawasan bandar yang mempunyai mural ini menjadi popular dan
            Asli dan Kontemporari  gara-gara penyebaran gambar mural yang giat berlaku melalui media sosial.                                                                                                                 Asli dan Kontemporari
                  menerima kunjungan daripada peminat seni dan pelancong dari serata tempat. Semuanya




                   Berlatarkan cerita dongeng rakyat yang terkenal,
                   iaitu “Sang Kancil dan Buaya”, mural ini menceriakan
                   suasana pada dinding sebuah bangunan rumah kedai
                   setingkat di persimpangan antara Jalan Tun H.S. Lee
                   dengan Jalan Tun Tan Cheng Lock di ibu kota.












                160                                                                                                                                                                                                 161
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187