Page 184 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 184

Asimilasi Seni








                            1.  Baca dan kenal pasti masalah dalam kedua-dua bahan. Kemudian,
                               berbincanglah dengan rakan anda untuk menyelesaikan masalah
                               secara rasional.
                            2.  Berbincanglah dengan ahli kumpulan anda untuk merancang satu
                               projek yang berkaitan dengan caklempong.




                                               Caklempong




                  Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat
                  Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14.
                  Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong.
                     Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam keluarga gong yang
             TEMA 12  berukuran kecil. Alat ini diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan. Dalam tradisi                                                                                                            TEMA 12
                  terdahulu, caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan sultan. Kini, caklempong
                  dimainkan dalam pelbagai situasi, antaranya dalam upacara perkahwinan, perasmian majlis,
                  dan keraian, malahan turut menjadi muzik iringan bagi pencak silat dan tarian.
                     Setelah melalui tempoh penyelidikan yang agak lama, caklempong diberi susunan baharu
                  berbanding dengan susunan diatonik ketika awal imigrasi. Dengan bilangan bonang yang
                  telah ditambah menjadi kromatik, kini caklempong turut diiringi alat muzik moden. Malah,
                  dalam sesebuah persembahan berskala besar, caklempong turut diiringi oleh orkestra. Walau
            Asli dan Kontemporari               caklempong perlu dikekalkan keasliannya.                                                                                                                                     Asli dan Kontemporari
                                               bagaimanapun, banyak pendapat yang mengatakan bahawa


                                                      Kini, setelah sekian lama bertapak dan berkembang
                                                   di negara kita, sudah tibalah masanya muzik caklempong
                                                   diterima oleh masyarakat berbilang kaum sebagai muzik
                                                    warisan bangsa milik semua. Di samping itu, pelbagai
                                                     cabaran termasuk cara menarik minat generasi muda
                                                      untuk mempelajari dan menghayati muzik ini perlu
                                                       ditangani demi kelestariannya.




                                                          (Sumber: Jabatan Kebudayaan  dan  Kesenian  Negara
                                                                     Negeri Sembilan (JKKNNS))





                162                                                                                                                                                                                                 163
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189