Page 198 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 198

Patah Dagu


                                   Bertongkat Paruh





                             1.  Baca bahan. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional.
                                Anda juga dikehendaki menerokai maklumat lanjut tentang bahan
                                daripada pelbagai sumber.
                             2.  Persembahkan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui
                                pelbagai media secara kreatif.
                             3.  Kemukakan pendapat tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk
                                memelihara haiwan yang terancam.




             TEMA 13






                                         Burung BOTAK Upeh
             Segalanya Bermula di Sini  tanpa membaca namanya, tentu ada yang akan menganggapnya burung



                           Membaca namanya sahaja tentu ada yang berasa hairan dan akan
                          tertanya-tanya. Burung apakah ini? Jika gambarnya sahaja yang dilihat

                        bangau. Mengapakah keadaan ini berlaku? Mengapakah burung botak upeh
                       sudah tidak dikenali? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana burung
                      botak upeh sudah lama tidak kelihatan di habitat yang sepatutnya. Burung botak
                      upeh atau nama saintifiknya Mycteria cinerea sedang diancam kepupusan yang
                      amat serius. Dahulu, burung botak upeh sering kelihatan di habitat semula jadinya,
                      terutamanya di kawasan hutan paya bakau. Kini, kita perlu ke Zoo Negara dan Zoo
                      Taiping untuk melihatnya dari dekat.
                         Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memulihara burung
                       botak upeh yang semakin berkurang bilangannya. Perhilitan dan Zoo Negara
                        pada tahun 2007 telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak
                         Upeh di Kuala Gula, Perak bagi membantu meningkatkan semula populasi
                          burung ini di habitat semula jadi.
                              Hingga kini, burung botak upeh mungkin masih dapat ditemukan
                                   di sekitar Pulau Kalumpang di dalam Suaka Burung Kuala
                                      Gula, Perak. Namun, dikhuatiri kemandirian burung
                                      botak upeh di kawasan tersebut sangat rendah
                                      kerana kesukarannya untuk mencari habitat
                                          yang sesuai.



                 176                                                                                                                                                                                                 177
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203