Page 202 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 202

Panorama Diorama





                           1.  Analisis bahan dan kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai
                              secara bertatasusila.
                           2.  Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang serta
                              ayat majmuk. Kemudian, gunakan ayat-ayat tersebut dalam perenggan
                              mengikut konteks.
                           3.  Cipta diorama bertemakan alam sekitar.





                                         Akuarium dan Muzium Marin

             TEMA 13  Anda pernah menyaksikan diorama dasar laut? Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya,
                    silalah berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS).
                    AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak
                    di kawasan pinggir laut sungguh mengagumkan. Digambarkan bahawa kompleks ini
                    dimeriahkan oleh hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Pembinaan AMUMS
                    ini untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut. Pemuliharaan ini dilakukan
             Segalanya Bermula di Sini  interaktif. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya
                    melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi, dan penerokaan.
                       Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenai hidupan marin menjadi lebih

                    apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar. Bahan
                    pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan antara semua benda
                    hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi. Hal ini secara tidak langsung
                    mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan persekitaran marin dalam
                    kehidupan manusia dan membenihkan rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya.
                       Ruangan atrium memaparkan diorama menyelam di Taman Pulau Sipadan. Ruangan
                    ini menimbulkan sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut yang kaya dengan
                    biodiversiti marin.
                       Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka dengan pelbagai
                    hidupan laut. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun
                    laut, landak laut, udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu menghiburkan.
                       Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marin yang
                    telah diawet secara lebih dekat.
                       AMUMS dibuka untuk lawatan kepada orang awam, murid sekolah, para penyelidik
                    dan pelancong luar negara. Bayaran masuk akan dikenakan. Hasil kutipan
                    bayaran masuk tersebut adalah untuk pengurusan AMUMS.










                 180                                                                                                                                                                                                 181
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207