Page 200 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 200

Kuasa Graviti







                             1.  Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah
                                maklumat dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
                             2.  Terokai maklumat  tentang  teknologi  hijau  dan  persembahkan
                                maklumat tersebut dalam bentuk yang kreatif.


                                           Keajaiban Telaga Tujuh




                     Sejak dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995, Air Terjun Telaga Tujuh amat
                     dikagumi dan dikenali ramai sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah. Air
             TEMA 13  terjun ini bermula dari kawasan puncak Gunung Machinchang lalu membentuk tujuh

                     buah air terjun dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yang berbeza. Air hujan
                     yang  turun di  kawasan  gunung yang bebas  daripada pencemaran ini akan meresap
                     masuk ke dalam tanah lalu ditapis secara semula jadi sebelum airnya yang jernih masuk
                     ke dalam aliran Air Terjun Telaga Tujuh. Air yang jernih ini akan mengalir dari satu telaga
             Segalanya Bermula di Sini  tahun 1996, Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority
                     ke satu telaga yang lain dan akan melalui fasa penapisan yang unik oleh pelbagai agen
                     penapisan semula jadi di setiap telaga sebelum terus mengalir ke laut.
                        Menyedari keunikan fenomena alam semula jadi yang begitu menakjubkan ini, sejak

                     (LADA) membangunkan Sistem Agihan Air Aliran Graviti tanpa menggunakan kuasa
                     elektrik bagi kegunaan setempat. Sistem agihan air yang unik, cekap, mesra alam, dan
                     amat berkesan dari segi kos ini masih digunakan hingga kini.




                                                                                 “Air yang melalui
                                                                                 proses penapisan
                             “Kami terpaksa mendaki                              secara semula
                              begitu banyak anak                                 jadi mulai telaga
                              tangga hingga kawasan                             satu dikumpulkan
                              telaga dua. Seterusnya,               ke dalam dua buah tangki,
                              kami melalui latisan                  iaitu di kawasan telaga dua dan
                     hutan ke telaga satu atau telaga biru lalu     telaga tujuh.  Bekalan air bersih
                     ke Puncak 701. Namun,  kami  berasa           dari tangki di telaga tujuh ini adalah
                     sungguh gembira dan bertuah kerana            untuk kegunaan di pejabat renjer,
                      dapat menyaksikan kolam-kolam air            surau, tandas, mahupun gerai-gerai
                      terjun yang dalam, jernih, dan bersih        jualan. Pengunjung yang datang juga
                      serta pemandangan yang sangat indah.”        menggunakan air daripada kedua-dua

                      Tanie Jacopy,                               tangki ini.”
                      Pelancong dari Perancis.                    Mohamad Azrol bin Mat Rodzi,
                                                                  Renjer Geopark.
                 178                                                                                                                                                                                                 179
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205