Page 199 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 199
Faktor Utama Ancaman
Pemburuan Haram dan
Kehilangan dan Kegiatan Manusia Pencemaran
Degradasi Habitat
• Pada 1987, Birdlife • Pencemaran yang
• Pengecilan saiz hutan
International melaporkan berlaku di muara Sungai
bakau akibat aktiviti
bahawa sarang burung botak Klang dan Selat Melaka.
penebangan untuk • Pencemaran akibat sisa
bermacam-macam tujuan. upeh ditinggalkan oleh industri dan penggunaan
• Perubahan ekosistem induknya akibat pemburuan racun serangga.
haram dan gangguan manusia
akibat hakisan pantai • Sisa kumbahan kolam
di Pulau Ketam, Selangor.
berlumpur menyebabkan
• Burung botak upeh dianggap akuakultur menyebabkan
burung botak upeh perubahan kepada
sukar mendapat sumber sebagai ancaman kepada ekosistem.
makanan. kolam-kolam akuakultur yang
berdekatan dengan Kuala
Gula, Perak.
(Sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar TEMA 13
Syair Burung Botak Upeh dan Taman Negara (Perhilitan))
Si burung botak upeh punya hikayat,
Beribu tahun termaktub riwayat,
Sejahtera kerana prihatinnya rakyat,
Hidup harmoni sepanjang hayat.
Di dahan pokok berbuat sarang,
Pokok perepat bukan sebarang, Segalanya Bermula di Sini
Bebas terbang tiada melarang,
Di kuala dan muara hatinya girang.
Nasibnya kini sudah berubah,
Si burung botak upeh tidak bertambah,
Hutan bakau rakus dirambah,
Sarang si upeh ke bumi menyembah.
Air muara terasa sembilu,
Terbanglah upeh di angin lalu,
Ke negeri damai seperti dahulu,
Mengenang nasibmu terasa pilu.
Dunia ini pinjaman hanya,
Tiada apa kita yang punya,
Kembalikan upeh ke tempat asalnya,
Tugas siapa usah ditanya.
Zuhaa Zayyan
RPP, Port Dickson
2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
176 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai pelbagai media 177
secara kreatif.

