Page 204 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 204

Pulau 11 Gelaran





                             1.  Senaraikan kosa kata sukar dan cari maksud kosa kata tersebut. Kemudian,
                                bina ayat dalam perenggan dengan menggunakan kosa kata tersebut.
                             2.  Cipta risalah bagi satu georimba yang lain.




                                         Taman Georimba Langkawi

                   Langkawi yang merupakan Pulau 11 Gelaran rupa-rupanya menyimpan sejarah
                   negara yang panjang. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli geologi dari Universiti
                   Kebangsaan Malaysia telah menemukan kewujudan batuan purba termasuk batu jatuh glasier
                   yang berusia satu bilion tahun. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pembentukan muka
             TEMA 13  bumi negara kita bermula dari Langkawi. Rentetan daripada itu, penggemblengan tenaga

                   pelbagai pihak termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Jabatan Perhutanan
                   Semenanjung Malaysia telah membuahkan kejayaan yang amat membanggakan, iaitu konsep
                   taman georimba. Konsep taman georimba ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan,
                   Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai
             Segalanya Bermula di Sini  iaitu Taman Georimba Kambria Machinchang, Taman Georimba Kars Kilim, dan Taman
                   United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai taman
                   geologi dunia (geopark) ke-52 pada tahun 2007.
                      Terdapat tiga taman georimba di bawah Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp),

                   Georimba Marmar Dayang Bunting. Setiap georimba yang menawarkan keunikan yang
                    tersendiri ini telah menjadi daya tarikan Warisan Geologi Langkawi. Namun, daripada
                         ketiga-tiga taman georimba tersebut, Taman Georimba Kambria Machinchang
                               ialah yang tertua kerana mempunyai batuan yang dikenali sebagai Formasi
                                    Machinchang yang berusia antara 450 hingga 550 juta tahun.
                                             Kini, tatkala kita berkunjung ke Langkawi, menghirup udara
                                                segar, menikmati panorama yang luar biasa indahnya, itu
                                                     bukan sekadar cuti-cuti biasa. Kali ini, kita akan
                                                           menikmati dan mengagumi Langkawi
                                                                daripada perspektif yang berbeza.
















                    Taman Georimba Marmar Dayang Bunting

                 182                                                                                                                                                                                                 183
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209