Page 242 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 242

Mari Mengundi




                             1.  Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang
                                anda pelajari. Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan
                                merujuk pelbagai sumber.
                             2.  Persembahkan cerpen dengan menggunakan bahan multimedia
                                seperti video dan audio secara kreatif dan menarik.
                             3.  Terokai pelbagai maklumat untuk mengetahui proses pilihan raya
                                di Malaysia dengan lebih lanjut.

                                             Dakwat Ungu di Jari Telunjuk
                   Fazrin menunjukkan jari telunjuknya yang telah berdakwat ungu kepada pemandu kereta
                   sewa. Pemandu itu membalasnya dengan menunjukkan ibu jari, tanda bagus. Dia gembira
                   kerana Fazrin berjaya mengundi setelah hampir-hampir gagal. Begini kisahnya ... .
                      Dua hari sebelum hari mengundi, Fazrin diarahkan oleh majikannya untuk menyelesaikan
                   masalah sebuah kilang di Sandakan, Sabah. Masalah tersebut hanya dapat diselesaikannya
                   pada pagi hari mengundi.
                      Sebaik sahaja masalah itu dapat diatasi, Fazrin bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan.
             TEMA 16  Fazrin bernasib baik kerana masih ada satu tiket ke Kuala Lumpur pada pukul 9:20 pagi.
                   Pesawat tersebut dijangka tiba pada pukul 12:05 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa
                   Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, malang tidak berbau, pesawat yang dinaiki oleh Fazrin
                   mengalami kelewatan. Pesawat itu hanya akan berlepas pada pukul 11:50 pagi. Jiwa Fazrin
                   tidak tenteram.
                      Dalam penantian itu, Fazrin teringat akan suasana hangat sepanjang tempoh berkempen
             Dipimpin untuk Memimpin  dengan pelbagai cara. Poster-poster calon digantung di merata-rata tempat. Pada setiap
                   di kawasan pilihan raya tempat dia mengundi. Calon-calon yang bertanding berkempen

                   malam, rapat umum diadakan untuk calon menerangkan manifesto parti masing-masing.
                      Setelah sekian lama menunggu, Fazrin berada di dalam perut pesawat. Pesawat yang
                   dinaiki oleh Fazrin terasa bergerak amat perlahan. Tempoh penerbangan lebih kurang dua
                   jam 45 minit terasa begitu lama. Fazrin bimbang dia tidak dapat melaksanakan tugasnya
                   sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama.
                      Oleh sebab Fazrin mengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dia hanya akan
                   memilih wakil rakyat bagi kawasan parlimen sahaja. Dia tidak akan mengundi untuk memilih
                   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
                      Beberapa bulan dahulu, Fazrin telah pun membuat semakan daftar pemilih melalui
                   laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Hal tersebut perlu dilakukannya
                   kerana hanya pengundi berdaftar sahaja yang dibenarkan mengundi. Dia tidak mahu terlepas
                   peluang untuk memilih bakal peneraju tonggak negara. Fazrin tidak sabar menanti hari
                   pembubaran parlimen.
                      Selepas pembubaran parlimen, pihak SPR pun mengumumkan hari penamaan calon,
                   tempoh berkempen, hari undi awal, dan hari mengundi. Pada hari penamaan calon, Fazrin
                   mengambil kesempatan untuk turut serta berada di tempat penamaan calon. Para penyokong
                   calon membawa kain rentang dan bendera. Mereka melaungkan pelbagai slogan dan berada
                   dalam jarak lebih 50 meter dari tempat penamaan calon. Jarak antara kedua-dua penyokong
                   calon yang bertanding pula ialah 100 meter.

                 220                                                                                                                                                                                                 221
   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247