Page 243 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 243

Lamunan Fazrin terhenti apabila tayar pesawat mencecah landasan kapal terbang. Setelah
                    dibenarkan oleh pramugari, dia bergegas untuk meninggalkan pesawat dan menyelesaikan
                    proses daftar keluar dengan secepatnya. Sebaik-baik sahaja melepasi pintu balai perlepasan,
                    Fazrin menghidupkan telefon pintarnya untuk membuat tempahan kereta sewa.
                       Setelah  lima  minit,  kereta  yang  disewa  oleh  Fazrin  tiba.  Jam  menunjukkan  pukul  3:45
                    petang. Dia ada masa kira-kira satu jam 45 minit untuk tiba di tempat mengundi yang akan
                    ditutup pada pukul 5:30 petang.
                       “Encik nampak cemas,” kata pemandu kereta sewa.
                       “Saya bimbang terlewat untuk mengundi,” kata Fazrin.
                       “Jangan bimbang, kita ada masa yang cukup. Perjalanan dari sini ke sana hanya mengambil
                    masa kira-kira 45 minit. Encik ada masa satu jam di tempat mengundi,” jelas pemandu kereta
                    sewa. Fazrin berasa sedikit lega. Namun demikian, setelah setengah jam berlalu, kereta
                    bergerak dengan perlahan-lahan.
                       “Ada kemalangan di hadapan,” kata pemandu. Dada Fazrin berdegup kencang. Dia
                    semakin bimbang. Mungkinkah harapannya untuk mengundi akan hancur berkecai?
                       Akhirnya, Fazrin tiba di tempat mengundi sepuluh minit sebelum pukul 5:30 petang. Dia
                    tergesa-gesa membayar tambang kereta sewa dan meminta pemandu itu menunggu kerana
                    dia mahu pulang ke rumah selepas itu. Petugas di barong SPR menunjukkan isyarat masih
                    sempat kepada Fazrin.
                                                                                                                  TEMA 16
                                                  Jenis-jenis Pengundian

                    Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia menjalankan pilihan raya untuk memilih tampuk
                    pemerintahan negara. Dalam proses pilihan raya tersebut, terdapat tiga jenis pengundian:
                    a.  Pengundian biasa, iaitu melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari
                        yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
                    b.  Pengundian awal bagi anggota polis, tentera dan pasangan, serta anggota Pasukan
                        Gerakan Am (PGA) dan pasangan.
                    c.  Pengundian pos, iaitu melibatkan pengundi yang tidak hadir, terdiri daripada anggota
                        polis dan tentera yang bertugas pada hari mengundi awal. Pengundian pos termasuk juga     Dipimpin untuk Memimpin
                        pelajar di luar negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar
                        negara dan pasangannya.
                    Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:
                    a.  Petugas pilihan raya.
                    b.  Ahli panel, pegawai, dan kakitangan SPR.
                    c.  Kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara pos melalui pewartaan.

                       Pengundian awal akan diadakan lebih awal, iaitu tidak kurang daripada tiga hari sebelum
                    tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan
                    selamatnya dan akan dibuka untuk pengiraan pada pukul 4:00 petang pada hari pengundian
                    sebenar.
                       Pengundian pos juga akan diadakan lebih awal, sebelum hari pengundian biasa. Kertas
                    undi yang telah ditanda perlu tiba ke pejabat pegawai pengurus selewat-selewatnya pada
                    pukul 5:00 petang pada hari mengundi.
                                                                (Sumber: http://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya)



                         2.4.1  Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
 220                         penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.                                 221
                         4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248