Page 245 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 245
Suara Rakyat Jelata
Adakah anda mempunyai pemimpin idaman?
Apakah ciri-ciri pemimpin idaman anda?
“ Ya. Ciri-ciri pemimpin idaman saya ialah
prihatin dan berjiwa rakyat. Sebagai peniaga
gerai, saya amat bergantung harap pada
pemimpin untuk menyelesaikan masalah
peniaga kecil seperti kami. Tolonglah turun
padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami.
Ambil tahu tentang keperluan kami.”
Puan Nurul Izzati binti Ayob,
Pemilik gerai.
Bagaimanakah seorang pemimpin dapat
memimpin organisasi dengan berkesannya?
“ Pada pandangan saya, pemimpin yang
memimpin organisasi dengan berkesannya
perlu memiliki wawasan yang jelas untuk
organisasinya. Tahniah dan syabas saya TEMA 16
ucapkan kepada pemimpin yang memiliki
kriteria seperti ini! Selain itu, pemimpin juga
perlu berfikiran luas dalam menentukan
keputusan untuk mengelakkan timbulnya
masalah ketika melaksanakan tugas.”
Encik Long bin Mohamadiah,
Pekerja swasta. Dipimpin untuk Memimpin
Berikan pendapat anda tentang kepimpinan
yang dapat memacu kecemerlangan belia.
TUN TAN CHENG LOCK “ Pada pendapat saya, kepimpinan dapat
memacu kecemerlangan belia dengan
Presiden Persatuan Cina Malaya cara memberikan peluang seluas-luasnya
(MCA). kepada generasi muda untuk menimba ilmu
Menyokong kerjasama antara kaum pengetahuan. Dengan pengetahuan yang tinggi,
melalui penubuhan Perikatan yang belia akan meningkatkan kebolehpasaran
dianggotai oleh UMNO, MCA, dan diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya.
MIC. Berilah sokongan dan bimbingan agar kami
Pemimpin yang disegani dan diterima dapat mengutip ilmu dan pengalaman
oleh kaum lain di Tanah Melayu. sebagai persediaan pada masa hadapan.”
Saudara Zaid Harithah bin Azeman,
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.
3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana
222 yang sesuai. 223
5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan
yang betul mengikut konteks.

