Page 247 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 247

IMBAS SAYA
                     Anekdot 3
                     Walaupun sibuk menguruskan masalah anak buah, Tuk Ketua Nasmi
                     tidak mengabaikan keluarganya. Setiap hari, seboleh-bolehnya beliau
                     akan meluangkan masa untuk makan malam bersama keluarga.
                     Selepas itu, dia akan menyemak buku latihan tadika yang dibuat oleh
                     anaknya Afiq.
                        “Afiq, sebab apa ini? Tak buat latihan? Semua muka surat kosong.”
                        “Apalah ayah ini. Itu buku latihan Jawi, mula dari belakang.”













                                                                                                                  TEMA 16








                                                                                                                  Dipimpin untuk Memimpin








                                                      Dikir Pemimpin Unggul

                                   Seluas ilmu tekun direncana,           Janganlah angkuh membangga diri,
                                   Negara maju transformasi dijana,       Kelak jatuh menyembah bumi,
                                   Pemimpin berilmu berakhlak mulia,      Biarlah teguh jati diri,
                                   Menjadi teladan wawasan dilaksana.     Baru kukuh pimpinanmu nanti.
                                   (awak-awak ulang Rangkap 1)            (awak-awak ulang Rangkap 1)
                                   Menjadi idola harapan bangsa,          Tumbuh subur julang mentari,
                                   Negara dijulang seantero dunia,        Dijaga elok tegak berdiri,
                                   Maju gemilang merentas masa,           Pekerti luhur cerminan diri,
                                   Rakyat cemerlang pencetus idea.        Pemimpin jujur tetap disegani.
                                   (awak-awak ulang Rangkap 1)            (awak-awak ulang Rangkap 1)

                                                                          Amsyar Sukri
                                                                          Johor Bahru

                         1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis
 224                         menggunakan ayat yang betul dan gramatis.                                   225
   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252