Page 253 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 253

a.   Apakah maksud difteria?
                    b.  Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria?
                    c.  Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan
                        penyakit ini.
                    d.   Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria?

                    e.  Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan negatif kepada
                        pembangunan negara?


                    Soalan 5
                    Jawab soalan-soalan di bawah ini.
                    a.   Bina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
                        menunjukkan perbezaan maksudnya.
                         i.  menghiasi - menghiaskan
                        ii.  membesar - membesarkan

                        iii.  menjauhi - menjauhkan
                        iv.  peninju - petinju
                         v.  pedalaman - pendalaman                                                               TEMA 16

                        vi.  penemuan - pertemuan

                    b.  Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kategorikan ayat dalam petikan
                        tersebut mengikut jenis ayat.


                          Wahai, rakan-rakan sekalian! Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal?
                          Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit. Pastikan     Dipimpin untuk Memimpin
                          setiap ruang di rumah anda sentiasa bersih. Jangan biarkan air bertakung di dalam
                          bekas-bekas yang tidak digunakan. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap
                          bekas-bekas itu? Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat. Nyamuk
                          Aedes membiak di tempat air bertakung. Syabas, jika anda mengambil berat
                          tentang kebersihan!



                    c.  Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan di bawah ini kepada ayat tunggal.


                        Penggunaan baja organik telah membantu sektor pertanian kerana dapat
                        meningkatkan mutu tanaman. Baja organik menggalakkan pertumbuhan
                        mikroorganisma baik yang memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa
                        panjang. Kos pembelian baja juga dapat dijimatkan kerana baja organik
                        menggunakan bahan buangan organik.




 230                                                                                                     231
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258