Page 254 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 254

d.  Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata
                      hikmat yang sesuai dengan ayat tersebut.

                        i.  Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah, sebaliknya dia mahu membeli kasut
                           yang mahal tetapi dapat dipakai lebih lama.

                       ii.  Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan bacaan untuk menambahkan
                           ilmu pengetahuan.

                      iii.  “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang dengan
                           bersungguh-sungguh, kami lebih rela terkorban daripada kalah dan menanggung
                           malu,” kata Tuk Su.

                       iv.  Ina menggunakan tutur kata yang sopan semasa berbual dengan rakan-rakannya.
                           Dia tidak mahu mereka terluka dengan kata-katanya yang mungkin menghiris hati
                           dan perasaan mereka.
                       v.  Walaupun dibesarkan dalam suasana bandar yang moden, Damia Hanna dan
                           adik-beradiknya tidak melupakan adat resam keluarga mereka. Sebagai contoh,
                           majlis perkahwinan abang Damia Hanna yang berlangsung pada minggu lepas masih
                           mengekalkan tradisi masyarakat Minangkabau.

                       vi.  Pada awal tahun, Afiq Haikal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik
             TEMA 16       Tambahan yang diberikan oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu
                           Melinda tidak berputus asa dan mengajar Afiq Haikal tanpa mengenal erti putus asa.
                           Akhirnya, Afiq Haikal mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran
                           Matematik Tambahan.

                   Soalan 6
             Dipimpin untuk Memimpin  di bawah.  a. Cara Menjaga Kesihatan
                   Secara berkumpulan, simulasikan sesi pembentangan dan soal jawab berdasarkan satu tajuk












                                             b.
                                                  Ciri Kenderaan pada
                                                     Masa Hadapan




                                             c.
                                                  Kepentingan Kursus
                                                  Kepemimpinan Belia








                 232                                                                                                                                                                                                  PB
   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259