Page 249 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 249

SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan
                    Oleh: Jasmin binti Kamarul
                    Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak
                    mesti sentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu.
                    Jika kita tidak cakna terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus
                    perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh kerana
                    saban hari pelbagai teori, penemuan dan ciptaan yang canggih dicipta  manusia di
                    seantero dunia.                                                                               TEMA 16
                       SEAMEO RECSAM yang berpusat di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai
                    program. Program yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada
                    murid-murid tetapi melibatkan golongan pendidik, termasuk ibu dan bapa.
                       SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada 1967. Misi penubuhan pertubuhan
                    ini adalah untuk mempromosi dan meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik
                    di kalangan ahli negara-negara SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO
                    RECSAM berusaha melaksanakan mandat dan kini telah berjaya menarik
                    perhatian pelbagai pihak termasuk  para pendidik lain-lain negara di dalam dan                Dipimpin untuk Memimpin
                    di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi pendidikan
                    yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini.
                       Pusat serantau ini aktif dalam melaksanakan pelbagai program di sepanjang
                    tahun. Semua aktiviti yang dijalankan ini mempunyai pelbagai objektif. Semua
                    aktiviti yang dijalankan ini telah berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak,
                    termasuk ibu bapa. Oleh itu, objektif asasnya tetap sama, iaitu meningkatkan
                    pendidikan Sains dan Matematik para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
                    bengkel, persidangan, lawatan penandaarasan, pertandingan, dan lain-lain lagi.
                       Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAM ini  terbukti
                    bila sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara.
                    Mereka merangkul kemenangan dalam pertandingan yang diadakan dalam
                    Kongres Serantau Mencari Saintis Muda SEAMEO kali ke-11 (SSYS 2018). Begitu
                    juga dengan program SEAMEO Science Olympiad 2019 telah berjaya menarik minat
                    pelajar untuk menjadi saintis. Teruskan usaha anda SEAMEO RECSAM. Kepakaran
                    anda ditagih oleh negara demi untuk melahirkan anak watan bervisi tinggi.



                         3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
 226                                                                                                     227
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254