Page 252 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 252
Soalan 4
Baca bahan dengan telitinya dan kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria
berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia, dan Ecuador pada tahun 1990-an. Penyakit difteria
meningkat pada musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana. Penyakit ini kerap
menjangkiti kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun dan belum mendapat
imunisasi. Selain itu, penyakit ini juga dikesan dalam kalangan orang dewasa di kawasan
yang tidak mendapatkan imunisasi. Namun, penyakit ini jarang berlaku di negara
perindustrian kerana pemberian vaksin telah dilaksanakan.
Penyakit difteria disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheriae. Bakteria
ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di
sekitar tekak dan leher bengkak sehingga pesakit sukar bernafas. Penyakit ini boleh
menyebabkan kematian, terutama dalam kalangan kanak-kanak yang berumur lima
tahun dan ke bawah.
Walaupun penyakit ini berbahaya dan mudah berjangkit, kita masih boleh mengambil
langkah pencegahan dengan mendapatkan suntikan pelalian untuk mengekang
penularannya. Vaksin yang perlu diambil ialah kombinasi vaksin lima serangkai
(DTaP-IPV/Hib) yang diberikan kepada kanak-kanak berumur dua bulan, tiga bulan,
TEMA 16 lima bulan, 18 bulan, dan tujuh tahun. Pesakit yang dijangkiti penyakit ini akan diberikan
antitoksin serta-merta. Setelah keputusan spesimen bakteria daripada pesakit diperoleh,
pesakit akan diberikan Eritromisin dan Penisilin.
(Sumber: www.myhealth.gov.my/difteria/)
Difteria
Dipimpin untuk Memimpin Cara jangkitan Komplikasi Difteria
Kerosakan saraf.
Kerosakan otot jantung.
Melalui titisan cecair apabila
Kegagalan pernafasan.
bersin, batuk, atau bercakap.
Kematian.
Melalui sentuhan fizikal. Lumpuh.
Tanda dan gejala
Kepentingan
suntikan vaksin
Sistem imuniti kanak-kanak belum
matang dan mudah terdedah
Keletihan. Sakit tekak. kepada sebarang jangkitan.
Bengkak kelenjar leher. Demam. Vaksin membantu menguatkan
Lendir hidung berbau dan Batuk. sistem imuniti.
bercampur darah. Sukar menelan.
Sukar bernafas. Sakit kepala.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
230 231

