Page 268 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 268

kaliks lingkaran daun (disebut sepal) yang membentuk salut luar pada bunga yang melindungi
                      kudup bunga
                  kemandirian  perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri
                  kepala air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air
                  konjunktiva membran bermukus yang menyelaputi  bahagian depan bola mata dan permukaan
                      bawah kelopak mata
                  kontemporari  pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu),
                      (pada) masa kini
                  kulinari berkaitan dengan masak-memasak

                  maeda jeneral tentera Jepun di Sarawak
                  mauduk tajuk (ceramah, perbahasan, dan lain-lain)
                  mobiliti perihal mudah berpindah
                  modus operandi cara (prosedur dan sebagainya) untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu
                  mukosa lapisan tisu yang mengandungi kelenjar mukus, yang melapik saluran atau rongga
                      tertentu dalam tubuh, membran mukus

                  nutrien bahan makanan berkhasiat, zat makanan

                  pemegang taruh pihak berkepentingan
                  pengikrar orang (kumpulan orang dan sebagainya) yang berikrar atau mengikrarkan sesuatu
                  perisian hasad perisian yang direka bentuk untuk memusnahkan sistem komputer tanpa
                      pengetahuan pemilik komputer
                  perisian intip perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk
                      memintas  atau  mengambil  sebahagian  kawalan  atas  interaksi  pengguna  dengan
                      komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut
                  plankton sejenis benda halus (organik) yang terapung-apung di air (menjadi makanan ikan)
                  polikarbonat  asid karbonik yang kumpulan karbornatnya berulang, merupakan bahan
                      termoplastik dan digunakan untuk membuat bentuk korona

                  radar alat untuk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll)  dengan gelombang
                      radio
                  rentis laluan hutan
                  reruai  kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk
                      atau perkhidmatan tertentu
                  sida-sida pegawai dalam istana
                  shirodhara berasal daripada perubatan tradisional India. Dalam bahasa Sanskrit, shiro bermakna
                      kepala  dan  dhara bermakna jatuh atau meleleh yang berkaitan dengan penggunaan
                      minyak yang jatuh dan dibiarkan meleleh pada kepala pesakit
                  terapeutik  (1) berkenaan rawatan penyakit; (2) berkenaan sesuatu (aktiviti, udara, dan
                      lain-lain) yang membantu menenangkan fikiran seseorang
                  transplantasi  pemindahan

                  wasangka  curiga




                246
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273